`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:

Monday, November 28, 2016

‘INI NON-NEGOTIABLE’: JANGAN SEBUT SABAH, SARAWAK KELUAR MALAYSIA – NAJIB

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyelar tindakan sesetengah pihak yang memainkan soal kenegerian melibatkan penduduk Sabah dan Sarawak termasuk mendakwa kerajaan Persekutuan menarik hak mereka.
Mengulangi kenyataan beliau sebelum ini, Najib berkata kerajaan amat komited dengan Perjanjian Malaysia 1963.
“Jadi kita dalam proses melihat semula tafsiran itu dan kalau sesuatu yang kita buat jelas menarik hak orang Sabah dan Sarawak, kita sanggup betulkan.
“Tetapi, waima apapun ia mestilah dalam lingkungan Perlembagaan Malaysia dan soal Sabah Sarawak secede (berpisah), keluar, itu non-negotiable (tidak boleh dirunding).
“Jangan sebut, sebab itu adalah salah dari segi undang-undang negara,” katanya pada program Soal Jawab Khas bersempena Perhimpunan Agung Umno 2016, di Putrajaya, semalam.
Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia pada 1963. Singapura keluar daripada persekutuan pada 1965.
MKINI

No comments:

Post a Comment