`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, November 29, 2016

Menteri Cadang Wujudkan MRSM Berbayar - Asal Boleh Jadi Duit - Cadangan Dikritik Netizens.

Laporan Bernama ;
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau telah memberi cadangan kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) agar menubuhkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) berbayar.
Beliau berkata, ini kerana beliau menerima banyak permintaan daripada ibu bapa berpendapatan tinggi yang anak mereka cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mahu menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran di MRSM.
Permohonan kemasukan ke MRSM kini memberi keutamaan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah terutama dari luar bandar.
“Oleh itu saya lontarkan idea untuk mewujudkan MRSM berbayar kepada Majlis Amanah Rakyat untuk dikaji. MRSM ini akan diwujudkan di Lembah Klang dan mungkin mengenakan yuran yang sedikit rendah berbanding sekolah swasta atau sekolah antarabangsa.
“Namun kadar yuran MRSM berbayar akan bergantung kepada kos. Sekarang ia masih di peringkat terlalu awal untuk berbincang mengenai yurannya,” katanya kepada pemberita pada majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.
Sementara itu semasa berucap pada perhimpunan itu, Ismail Sabri berkata, pelajar dari golongan isu rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan miskin bandar akan diberi keutamaan memasuki MRSM mulai tahun depan.
----------------------





Cadangan menteri kat Malaysia neh cuma berpaksi kepada 3 keadaan je. Iaitu ;

1. Boleh buat duit ke?

2. Macam mana nak dapatkan duit tu?
nak buat duit?

3. Dan selama mana benda tu boleh menghasilkan duit? 
 

Aku tak suka idea menteri neh. Berapa banyak sangatlah anak-anak orang kaya yang buat permintaan tersebut? 10 orang? 100 orang? 1,000 orang?

Kalau setakat seorang dua tak payah sembang macam permintaan tu datangnya dari majoriti la.

Tambahan pula, ye ke anak-anak orang kaya tak berapa layak masuk ke MRSM meskipun keputusan mereka cemerlang? Sejak bila?

Sembang..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.