`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, November 17, 2016

Tun Mahathir mengaku pilihanraya di Malaysia ini kotor

BEKAS Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir mengakui bahawa pilihanraya di Malaysia ini kotor dan kerana itu Bersih mengajak rakyat mengadakan tunjuk perasaan.

"Bersih harus mengadakan tunjuk perasaan supaya rakyat sedar tentang kekotoran pilihanraya di Malaysia ini," katanya.

Beliau turut menyeru supaya rakyat agar tidak berasa takut untuk sertai Himpunan Bersih 5 di Dataran Merdeka pada 19 November 2016,


"Kita kalau nak lawan sesuatu, tentulah ada rintangan, halangan, kita mesti sanggup untuk menghadapi halangan dan mengatasi halangan itu," katanya.

"Kalau kita nak berjuang cuma bila keadaan cukup bersih, cukup elok, jalan luas dengan ditabur bunga itu bukan perjuangan," katanya lagi.

Tun Mahathir berkata demikian dalam satu rakaman video promosi mengajak rakyat Malaysia turun ke Himpunan Bersih 5 bertajuk "Dulu musuh sekarang kawan".

Sila klik link berikut untuk menonton video yang dimaksudkan:

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.