`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:

Tuesday, November 15, 2016

UNTUK MAKLUMAN YB AHLI PARLIMEN - ANALISA DAN PERSOALAN BAJET 2017 OLEH DATO AKBAR ALI (EX SENATOR NEGERI MELAKA)

The following well researched points and analysis about the Budget 2017 has been written by my good friend YBhg Dato Akbar Ali of Melaka.  (This is the Akbar Ali who YB Lim Kit Siang wanted to sue not too long ago, but YB Lim threatened to sue me instead. Mistaken identity.)  Dato Akbar Ali is also 'Sparkling'. Ha ha.

Dato Akbar Ali is an ex Senator from Melaka and was at one time Director of the State's Economic Planning Unit under former Chief Minister Dato Seri Ali Rustam. He is a mathematician by training.

 Dato Akbar Ali

There is another interesting picture at the bottom of this page.


I have edited his long article to suit the OutSyed The Box style. Here goes :
 
Hutang kerajaan melonjak 88.1% dari RM348.6b ('09) ke RM655.7b (Jun 16) 
atau 54.8% daripada GDP kita. 
Bayar Interest melonjak 104% dari RM14.2b ('09) ke RM26.6b ('16). 
Nisbah Bayar Debt Service meningkat; dari 9.0% ke 12.5% dalam tempoh tersebut.

Pada '17, hutang kerajaan akan menokok lagi sebanyak RM40.3 bilion
hutang baru yang besar-besar, antaranya:

      a) Hutang MRT 1, 2 & 3 = RM120 b

      b) Hutang HSR   =          RM60 b

      c) Hutang 1MDB =          RM53 b

      d) Hutang ECRL =          RM55 b

      e) Hutang LRT3 =          RM10 b

                  Jumlah =          RM298 b

kerajaan juga tanggung hutang off-budget

mohon YB Menteri beri gambaran lengkap :

a ) Berapakah jumlah hutang kerajaan Persekutuan?

    i) dalam dan luar negara?

    ii) di bawah bajet dan off budget seperti PFI, 1MDB, MRT, LRT, Pan Borneo?

        b) Apakah saiz hutang tersebut dari segi:

            i) nisbah kepada GDP?

            ii) defisit fiskal?

         iii) apakah tahap kemampuan bayar hutang dari segi debt service ratio?

       c) banyak projek adalah bukan self financing seperti Lebuhraya Pan Borneo, ECRL, MRT dan UiTM. Mohon jelaskan sumber dan kaedah funding dan keadah financing masing-masing.

      d) Bagaimanakah kerajaan hendak membayar balik ke semua hutang tersebut sedangkan kerajaan mengalami kesempitan sumber kewangan?

Khusus mengenai ECRL yang hebuh sekarang ini, izinkan saya meminta penjelasan YB Menteri:

a) Projek ini bukanlah projek baru. Kajian telah dibuat oleh JICA pada tahun 1984. Anggaran kos pada masa itu dilaporkan sebanyak RM7 bilion. Kini ianya telah meningkat hampir 700% kepada RM55 bilion. Saya akui kos telah dan meningkat tetapi adakah ianya setinggi itu? 

Dalam pada itu, pendapatan rakyat dan negara tidaklah pula melonjak setinggi dan sehebat itu. Justeru apakah penyebab lonjakan tersebut?

b) jika dulu dengan kos RM7b didapati ianya tidak viable, apakah kini dengan kos RM55b sudah menjadi viable? 

Sudahkan Feasibility Study dan Cost Benefit Analysis dibuat? Apakah penemuan-penemuanya?

Berapakah harga tiket penumpang pergi balik KL – Kota Baru yang akan dikenakan berbanding dengan harga tiket tambang murah kapal terbang? 

Berapa lamakah perjalanan ke destinasi yang sama berbanding kapal terbang?

Berapa ramaikah penumpang setahun yang diunjurkan berbanding dengan threshold bilangan penumpang yang diperlukan untuk mencapai Break Even Point (BEP)? 

Berapa banyakkah pula kargo setahun yang diunjurkan berbanding dengan threshold  muatan kargo yang diperlukan untuk mencapai BEP?

c) saya juga perhatikan dari laporan-laporan yang saya baca, kadar kelajuan maksima ECRL kita ini hanyalah 170 km sejam (102 batu sejam) manakala kosnya pula ialah RM92 juta seKM. 

Jika dibandingkan kelajuan dan kos seKM  :
  1. ECRL Kelantan  (170 Km/jam; RM92 juta/Km)
  2. HSR di Turkey (250 Km/jam; RM25 juta/Km)
  3. Sepanyol (300 Km/jam; RM34 juta/Km)
  4. Jepun (320/Km; RM36 juta/Km)
  5. Perancis (320/Km; RM37 juta/Km) 
  6. China (350 Km/jam; RM66/Km) 
maka kos ECRL memanglah boleh menjadi bahan polimik.

d) hostile terrain mengakibatkan kos tinggi berbanding terrain mesra alam. 

untuk perhatian YB Menteri HSR Turkey hadapi very difficult stretch 200 Km, memerlukan  39 terowong, 33 jambatan 

manakala our difficult stretch hanya 60 Km di Karak, satu jambatan Temerluh dan  tanah lembut sepanjang 7 Km di Kuantan. Justeru perlulah memberi sebab lain yang munasabah.

Kerajaan menyuruh kita berbelanja secara berhemah, utamakan value for money dan tumpukan kepada low investment high returns.  Namun apa yang dilakukan oleh kerajaan nampaknya adalah di sebaliknya. 

e) apakah syarat lain seperti kadar faedah, tempoh bayaran balik, grace period, asset swapping (jika ada), bekalan atau supplies seperti bahan binaan dan makanan, pengambilan pekerja asing dan tempatan secara langsung, kuota khas untuk Bumiputera dari segi kontrak, pekerjaan dan bekalan bahan binaan dan makanan?

5) saya mohon pencerahan berhubung RM144 bilion yang digembar-gemburkan ekoran dari lawatan YAB PM ke China pada Nov 2016. Gambaran yang diberikan seolah-olah semuanya bakal pelaburan (FDI) China di Malaysia. 

Mohon YB Menteri berikan pecahan dari segi:
  • FDI di Malaysia
  • Pinjaman oleh Malaysia
  • Pembelian oleh Malaysia atau China
  • Pelaburan Malaysia di China, dan
  • Import / Eksport.
Dimaklumkan juga :

kedudukan kebahagian kita (happiness index ) telah menurun; dari tempat 56 ke 61, menurut World Happiness Index. 

kedudukan kekayaan kita menurun dari 39 ('09) ke 44 ('15) berdasarkan Legatum Prosperity Index. 

Impak ini ialah kedudukakn kita, berdasarkan HDI, menurun 2 mata ke tangga 62.
 
Kenaikan harga minyak petrol, kenaikan harga minyak masak dan kenaikan kos sara hidup amnya akan memburukkan lagi lanskap ini. 

Di samping Bajet 2017 ini, apakah Pelan B yang akan kerajaan laksanakan untuk membaik pulih keadaan tersebut?
 
Kerajaan menyuruh kita berbelanja secara berhemah, utamakan value for money dan tumpukan kepada low investment high returns. 

Namun apa yang dilakukan oleh kerajaan nampaknya adalah di sebaliknya. 

Sebagai contoh, kos asal BRT Sunway 5 km itu RM300 juta. 
Namun kosnya melonjak 110% ke RM634 juta 
purata kosnya seKM adalah RM115 juta bagi 1,000 penumpang.
 
Kos ini sangat exorbitant dan membuat kita melopong jika dibanding kos bina seKm LRT yang lengkap di Jakarta dan boleh membawa 20,000 penumpang hanyalah RM80 juta seKM! 

kos LRT Jakarta terbukti jauh lebih murah. 

Mohon YB Menteri jelaskan lonjakan kos ini dan kenapa kos lebih mahal dari LRT Jakarta.
 
Begitu juga dengan kos membina MRT. 

Semasa Bajet 2011, YAB PM maklum kepada Dewan bahawa ianya dibiayai swasta. Kini ianya ditanggung kerajaan. 

Bagaimanakah ianya boleh bertukar sedemikian? Adakah kos tersebut kini telah dimasukkan ke dalam Bajet 2017?
 
nampaknya kos pembinaan tidak terkawal. 
kos pembinaan MRT1 RM451 juta per KM; 110% lebih tinggi dari kos MRT Jakarta RM215 juta! 

Jika dibandingkan dengan Singapura pun kita lebih mahal – RM442 juta per KM! Mengapa kos kita jauh lebih tinggi?
 
Anggaran kos asal sepertimana diunjurkan PEMANDU RM40 bilion. 
Dilaporkan kini menjangkau lebih RM70 bilion! 

Adakah laporan tersebut benar? Jika benar, apakah yang menyebabkan cost overrun ini dan adakah ianya munasabah / justified?
 
Kos membina MRT2 juga lebih tinggi dari kos membina MRT1. 

kos pembinaan MRT1 adalah RM6 juta / KM 
berbanding RM404.0 juta/KM untuk membina MRT2 
lonjakan sebanyak 23%!  Mengapakah boleh berlaku demikian?
 
Dari segi keutamaan dan berhemah, wajarkah kerajaan menghabiskan wang rakyat sebanyak RM100 juta dengan membina jambatan pejalan kaki yang menghubungkan KL Sentral dengan Taman Tasik yang mana unjuran purata penggunanya tidak sampai pun 1,000 orang sehari?

Patutkah kerajaan berbelanja RM350 juta membina terowong yang menghubungkan stesyen MRT di depan Muzium Negara dengan KL Sentral sedangkan ianya berhampiran dengan jambatan pejalan kaki yang saya sebutkan tadi dan unjuran purata penggunanya juga tidak sampai pun 1,000 orang sehari?
 
Berhubung kos harga rumah yang melambung-lambung ini, saya yakin ia turut disumbangkan oleh dasar kewangan yang salah yang diperkenalkan oleh BNM. 

Salah satu antaranya ialah tindakan BNM memanjangkan tempoh bayaran balik. Walaupun niat asalnya baik iaitu untuk merengankan beban bayaran bulanan tetapi ianya telah back fire. 
Bayaran balik yang rengan dan mudah ini telah merangsang permintaan dan seterusnya mendorong kenaikan harga rumah berasaskan artificial demand pull.  

Justeru dasar BNM tersebut telah menambahkan lagi beban hutang golongan ini yang mana hutang isi rumah sudahpun merupakan yang tertinggi di Asia. Dalam pada itu, tindakan tersebut menguntungkan pula pemaju dan bank.
 
Lantaran disyorkan agar Kerajaan lebih mesra rakyat lagi dengan  mengawal harga rumah supaya tidak melebihi empat kali ganda gaji median tahunan kumpulan M40 dan B40. Inilah threshold atau benchmark tahap mampu milik yang patut dijadikan ceiling.
 
Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana berani memperkenalkan safety net untuk golongan pemandu teksi iaitu liputan SOCSO. Saya cadangkan agar kemudahan ini diperluaskan lagi dari segi content seperti insuran nyawa, insuran perubatan. insuran tanaman, KWSP, unemployment benefits dan sebagainya serta dilebarkan pula dari segi liputan seperti merangkumi golongan lain yang juga very vulnerable seperti petani, pekebun kecil, peneroka FELDA, peserta FELCRA, nelayan dan peniaga kecil / penjaja.

Untuk menjamin kadar kejayaan yang tinggi, mereka itu bolehlah di reach out melalui pertubuhan masing-masing seperti LPP/PPK, RISDA, NAFAS, FELDA, FELCRA dan LKIM/Persatuan Nelayan.

My comments :  Very relevant points by YBhg. Dato Akbar Ali.   Hopefully the YB Ahli Parlimen will pursue these points.

Here is an old picture of Dato Seri Ali Rustam, Dato Akbar Ali and me (picture taken close to midnite) from 2010. A long time ago.  I had attended a one day special briefing on Melaka Maju 2010 by Dato Akbar Ali and his team.  I had more hair then.



I blogged about the visit. You can read that post here :  http://munirah-munneko.blogspot.my/

Thank you Dato Akbar Ali for this well researched article.

2 comments:

  1. Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu .saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib Seperti Saya coba hubungi nomor hp AKI ALIH katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi dan saya menceritakan semuanya, tentang keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya AKI ALIH saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib AKI ALIH bagi yang berminat hubungi AKI ALIH di nomor ini: : (((_082 313 669 888_)))atau silahkan dan saya sudah buktikan sendiri angka ghaib hasil ritual dari beliau Ternyata Bener Terbukti Hasilnya terima kasih. Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu. saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib Seperti Saya coba hubungi nomor hp AKI ALIH katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi dan saya menceritakan semuanya, tentang keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya AKI ALIH saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib AKI ALIH bagi yang berminat hubungi AKI ALIH di nomor ini: (((_082 313 669 888_)))>> KLIK DISINI <<<

    ReplyDelete
    Replies
    1. ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH


      NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)


      BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
      angka;GHOIB: singapura

      angka;GHOIB: hongkong

      angka;GHOIB; malaysia

      angka;GHOIB; toto magnum

      angka”GHOIB; laos…

      angka”GHOIB; macau

      angka”GHOIB; sidney

      angka”GHOIB: vietnam

      angka”GHOIB: korea

      angka”GHOIB: brunei

      angka”GHOIB: china

      angka”GHOIB: thailand

      ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
      0823-9177-2208
      saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
      bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa

      Delete