`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, March 16, 2017

Beratur atau masuk akaun? Wakil rakyat gaduh fasal BR1M

parliment_br1m_600© Provided by MToday News Sdn Bhdparliment_br1m_600
KUALA LUMPUR: Beberapa ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bertikam lidah di Dewan Rakyat hari ini berhubung isu rakyat yang perlu beratur bagi mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Ia bermula apabila Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN – Baling) menyindir Ngeh Koo Ham (DAP – Beruas) kerana mempersoalkan keputusan kerajaan berhubung cara pengagihan terbaru BR1M ketika berbahas sebelum sidang rehat tengah hari.
“Mula-mula (pembangkang) kata BR1M rasuah, tetapi tadi Beruas cakap masukkan terus ke dalam akaun. Ini maknanya terima (program BR1M).
“Sebab jika bagi terus ke akaun, orang tidak tahu…mereka akan cakap dalam ceramah ‘kami bagi duit bantu rakyat’,” katanya.
“BR1M duit siapa? Duit rakyat atau Umno?” soal Nga Kor Ming (DAP – Taiping).
Azeez kemudian meneruskan perbahasannya berkaitan harga getah, namun sekali lagi mengundang sorakan ahli Parlimen apabila menyentuh soal BR1M.
parliment_br1m_60023© Provided by MToday News Sdn Bhd parliment_br1m_60023Beliau memuji keputusan kerajaan meningkatkan jumlah BR1M serta Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang memberi tempoh lanjutan kepada pemohon yang ditolak kerana berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Pada 7 Mac lalu, Johari berkata mereka boleh membuat rayuan dan mengemukakan salinan penyata akaun bank di cawangan LHDN dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) sehingga 31 Mei ini.
“Beruas, bukan kita nak suruh orang beratur, tetapi ini untuk orang kampung yang tiada akaun bank. Kita bantu dan uruskan,” katanya.
Jawapan tersebut dinafikan beberapa ahli Parlimen pembangkang Perak, iaitu Ngeh, Nga dan V Sivakumar (DAP – Batu Gajah).
“Di Bidor, 2,500 pemohon kena beratur. Ipoh, Batu Gajah, Kampar itu kampung, kampung dan bandar pun tidak boleh bezakan,” kata Nga.
Sivakumar pula berkata mekanisme baru itu semata-mata bertujuan untuk memancing undi sehinggakan menyusahkan rakyat.
“Orang yang ada nombor akaun pun terpaksa beratur. Ini semata-mata untuk pancing undi,” katanya.
Azeez kemudian menempelak mereka dan berkata perkara tersebut sudah diputuskan kabinet.
“Ini keputusan mesyuarat kabinet, bukan macam YB-YB semua buat mesyuarat di bawah pokok,” katanya.
Azeez merujuk kepada bantahan simbolik Adun Pakatan Rakyat Perak pada 3 Mac 2009 yang mengadakan mesyuarat DUN di bawah pokok berhampiran bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh selepas BN “merampas kuasa” pembangkang di negeri itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.