`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!







                                                                                                                                     KKLIU 1211/2017
CLICK HERE :http://oze.my/



Thursday, March 16, 2017

JAM TANGAN ROLEX, CINCIN BERLIAN HADIAH ROMBONGAN RAJA SALMAN UNTUK INDONESIA

JAKARTA – Pedang lengkung, jam tangan Rolex, pen mata bulat emas dan cincin berlian, merupakan antara hadiah yang diberikan kepada wakil Indonesia oleh rakan sejawatnya semasa kunjungan Raja Salman Abdulaziz Al Saud, baru-baru ini.
Senarai hadiah itu diisytiharkan oleh pegawai kerajaan, yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia (KPK) pada Khamis.
Jurucakap KPK, Febri Diansyah yang tidak mendedahkan identiti penerima setiap hadiah tetapi memberitahu pemberita bahawa berdasarkan penilaian awal, kesemua hadiah tersebut bernilai lebih 5 bilion rupiah (RM1.6 juta).
Ia merupakan amalan kerabat diraja atau ketua negara untuk bertukar-tukar cenderahati atau hadiah semasa lawatan rasmi.
Minggu lalu, The Jakarta Post melaporkan Ketua Polis Negara Indonesia, Tito Karnavian menerima sebilah pedang emas daripada Duta Arab Saudi ke Indonesia, Osama Mohammed Abdullah Al Shuaibi sejurus selepas ketibaan raja Arab Saudi ke negara itu.
Walaupun polis merancang untuk mempamerkan pedang tersebut di ibu pejabatnya, hadiah berkenaan wajar diisytiharkan kepada KPK.
Ia berikutan undang-undang anti rasuah Indonesia mensyaratkan semua pegawai kerajaan melaporkan sebarang hadiah atau wang tunai yang diterima mereka, kepada KPK dalam tempoh 30 hari.
Begitu juga Kementerian Luar Indonesia yang turut dilaporkan menerima sebilah pedang daripada Arab Saudi dalam lawatan itu.
Kunjungan Raja Salman dari 1 Mac ke 12 Mac lalu merupakan lawatan pertama kali seorang raja Arab Saudi ke Indonesia dalam tempoh 47 tahun.
Lawatan berkenaan membabitkan rombongan diraja seramai 1,500 orang, termasuk 10 putera dan 25 menteri.
Raja Salman turut menyambung percutian di Bali, di mana baginda menetap di resort St Regis Bali.
Menurut berita Jakarta Globe memetik pihak berkuasa Bali sebagai berkata, Raja Arab Saudi itu meninggalkan bali dengan kargo seberat hampir 17 tan, termasuk lebih enam tan adalah barang hasil pembelian di negara itu.
“Kita jangkakan 300 bilion rupiah (RM99 juta) dibelanjakan semasa percutian mereka,” kata ketua Agensi Pelancongan Bali, Anak Agung Gede Yuniartha pada Isnin.
Ia termasuk bil ratusan bilik hotel, sewaan 300 limosin dan caj aktiviti di lokasi pelancongan dan membeli-belah.
Kunjungan Raja Salman ke Asia turut membabitkan Malaysia, Brunei, Jepun dan China.
Baginda turut merancang untuk mengunjungi Maldives dan Jordan sebelum pulang ke tanah air.
– The Straits Times/Asia News Network

No comments:

Post a Comment