`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, March 18, 2017

Polis tahan lelaki gatal dalam LRT

Zohari-Sulaiman_nur-dini_lrt_600© Provided by MToday News Sdn BhdZohari-Sulaiman_nur-dini_lrt_600
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang didakwa mengganggu seorang penumpang wanita di dalam tren LRT laluan Kelana Jaya, Isnin lalu diserah kepada polis.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Datuk Ir Zohari Sulaiman berkata pihaknya berusaha mengesan lelaki itu sejak beberapa hari lepas selepas dimaklumkan mengenai insiden yang dimuat naik menerusi akaun Facebook mangsa, Nur Dini Van Haeren, 21, seorang penuntut universiti swasta.
“Susulan kejadian, kami menghubungi Nur Dini bagi mendapatkan maklumat lanjut yang kemudian digunakan untuk mengesan lelaki itu menerusi rakaman kamera litar tertutup.
“Lelaki itu berjaya ditahan di Stesen LRT Taman Jaya semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis selepas mangsa membuat pengecaman.
Zohari turut mengingatkan penumpang agar sentiasa waspada dan bertenang sekiranya berdepan dengan situasi tidak menyenangkan serta segera memaklumkan kepada staf, polis bantuan atau penumpang lain bagi mendapatkan bantuan.
Menurut kenyataan itu, Nur Dini diganggu oleh lelaki berusia 37 tahun dari Lembah Subang samasa pelajar berkenaan menaiki tren di Stesen LRT Kelana Jaya ke pusat bandar.
“Ketika memasuki tren, dia perasan ada seorang lelaki memandangnya dengan ekspresi miang dan gatal.
“Merasakan lelaki itu berniat tidak baik, Dini mengambil sikap waspada.
“Dia kemudian terdengar lelaki itu membisikkan kata-kata lucah kepadanya dan gangguan itu berterusan sambil pelaku membuat ekspresi tidak senonoh ke arah mangsa,” kata kenyataan itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.