`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 7, 2017

‘AHMAD ZAHID TAHU SEBAB ITU TAKUT’

PETALING JAYA – Armada Bersatu yakin pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menipu dalam isu dakwaannya terhadap Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketuanya, Syed Syaddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan bahawa Mahathir bukanlah seorang ‘kaki kelentong’ dan hanya bercakap berdasarkan fakta yang benar.
“Kalau betul dakwaan ini merupakan satu fitnah dan penipuan Ahmad Zahid sepatutnya tunjuk kepada rakyat keluarkan klip tersebut biar rakyat menilai dan jangan edit klip itu.
“Bagi kami Tun M tak akan menipu mengenai perkara ini,” katanya dalam sidang media bersama Pemuda Pakatan Harapan di Ibu Pejabat Bersatu, di sini hari ini.
Terdahulu sebuah video percakapan Mahathir pada 31 Julai lalu tular di mana dalam kenyataannya Mahathir mendakwa Ahmad Zahid pernah menemuinya apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk menyokong beliau untuk menggulingkan Perdana Menteri.
Namun, Ahmad  Zahid  menafikan perkara itu dan mendedahkan bahawa beliau mempunyai rakaman perbualan dengan Mahathir  dalam satu pertemuan pada 2015 berhubung strateginya untuk menjatuhkan Najib.
Dalam pada itu mengulas isu ini, Najib menyifatkan dakwaan itu tidak berasas kerana beliau lebih mengenali dan mempunyai hubungan rapat dengan Ahmad Zahid ketika bergelar Ketua Pemuda Umno.
Justeru dakwanya, dalam isu ini Zahid kini berada dalam keadaan takut, kerana beliau tahu bahawa beliau berada dikedudukan orang yang salah.
“Zahid  tahu sebab itu dia takut juga, sebab itu dia respon agak lambat sebab itu dia kata Tun M fitnah.
“Saya rasa benda ini jelaslah tunjukan apa yang Tun M kata betul dan masa yang sama wujudnya pertelingkahan antara kem Zahid dan kem Najib,” katanya lagi.
Dalam pada itu mengulas mengenai tindakan Ahmad Zahid yang mahu bersumpah laknat dalam isu ini, Syed Saddiq berkata, beliau mengalu-alukan tindakan tersebut.
“Dipersilakan,” katanya lagi.
– http://www.sinarharian.com.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.