`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Sunday, August 6, 2017

APA SALAHNYA TUN MAHATHIR NAK TUMBANGKAN KERAJAAN?

Sewaktu Ahmad Zahid Hamidi menemui Tun Mahathir Mohamad pada awal Ogos 2015 iaitu kira-kira 10 hari selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, ketika itu bekas Perdana Menteri 22 tahun itu memang diketahui umum sedang gigih mahu menyingkirkan Najib Razak.
Beliau menarik balik sokongannya terhadap Najib bermula 18 Ogos 2014 berikutan prestasi Najib yang dinilainya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Badawi serta mahukan Perdana Menteri mengambil iktibar daripada keputusan buruk BN pada pilihanraya 2013.
Jika tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Bukan saya tidak sayang pemimpin, tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya, ujar Tun Mahathir merasionalkan tindakannya itu.
Susulan penarikan balik sokongan itu, Tun Mahathir kemudian secara konsisten menggesa Najib meletakkan jawatan. Ketika itu Muhyiddin Yassin masih lagi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.
Oleh kerana Najib enggan meletakkan jawatan, usaha yang dirancang untuk menyingkirkannya ialah dengan cuba mengusulkan undi tidak percaya di Parlimen dan melalui memorandum kepada Yang Dipertuan Agong.
Bermakna, ketika Zahid Hamidi berjumpa Tun Mahathir dan beliau menceritakan dua langkah yang mahu diambil terhadap Najib itu, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana sebelum itu sudah puluhan program untuk mendesak penyingkiran Najib sudah pun dihadirinya.
Yang menghairankan ialah buat apa Zahid Hamidi berjumpa dengan Tun Mahathir yang sudah pun diketahui umum bermusuh dengan Najib.
Lebih menghairankan kerana dua tiga hari lalu, Zahid Hamidi juga mengatakan Tun Mahathir memang tidak berkenan dengannya sejak dulu lagi.
Apakah Zahid Hamidi berjumpa itu dengan tujuan agar Tun Mahathir jadi berkenan dengannya kerana ketika itu beliau sudah pun menjadi Timbalan Perdana Menteri dan hanya selangkah menjadi Perdana Menteri?
Setelah pertemuan itu terdedah, sebenarnya tidak perlu sama-sekali Zahid Hamidi mengajak Tun Mahathir bersumpah untuk membuktikan siapa yang mahu menjatuhkan Najib kerana bekas Perdana Menteri itu memang sudah diketahui mahu menyingkirkan Najib.
Apa yang peliknya dengan Tun Mahathir mahu menyingkirkan Najib dan adakah perbuatan itu suatu kesalahan?
Adakah menyingkirkan Najib sama dengan mahu menjatuhkan kerajaan?
Menyingkirkan Najib atau mana-mana Perdana Menteri, sama ada melalui desakan, tekanan, undi tidak percaya atau dengan menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, ia bukanlah suatu kesalahan, malah dibenarkan oleh Perlembagaan.
Menjatuhkan kerajaan juga tidak merupakan suatu kesalahan, asalkan ia dilakukan melalui saluran yang betul iaitu pilihanraya. Lagi pun, memang parti politik ditubuhkan untuk berebut kuasa dan saling menjatuhkan kerajaan setiap kali pilihanraya diadakan.
Jika percubaan menumbangkan kerajaan suatu kesalahan, sudah tentulah 52 peratus pengundi pilihanraya 2013 yang menolak BN boleh dianggap telah melakukan kesalahan juga.
Yang salah ialah cuba menumbangkan kerajaan melalui kekerasan atau dengan penggunaan senjata di mana ia boleh dianggap pengkhianatan kepada negara.
Oleh kerana semua usaha Tun Mahathir untuk menyingkirkan Najib tidak menemui kejayaan, maka beliau memutuskan untuk keluar UMNO, menubuhkan Bersatu dan kemudian bergabung dengan Pakatan Harapan dan hari ini dilantik sebagai Pengerusi gabungan itu.
Tujuannya tidak lari dan tetap sama iaitu untuk menyingkirkan Najib dan menumbangkan kerajaan UMNO/BN. Sebagaimana pandangan asalnya bahawa Najib membawa begitu banyak kerosakan dan bertindak menegur sebelum itu kerana sayang kepada bangsa dan negara ini, matlamat Tun Mahathir melalui Bersatu dan Pakatan Harapan juga kerana hal yang sama.
Sebahagian daripada pembangunan moden negara ini dibina melalui idea dan wawasannya, sudah tentu beliau tidak mahu ianya rosak binasa hanya kerana kerakusan peribadi seorang yang bernama Najib untuk terus berkuasa lagi, meskipun banyak kerosakan dan rakyat diulit sengsara dan derita.
Menyingkirkan Najib dan menumbangkan kerajaan melalui pilihanraya, bukan saja tidak salah dan dibenarkan, tetapi juga adalah pilihan terbaik waktu ini untuk memulihkan imej dan nama baik negara sebelum ia terus rosak dan tidak boleh dipulihkan sama-sekali.
– http://shahbudindotcom.blogspot.my

1 comment:

  1. Permisi saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang mantan TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong, Katanya udah beberapa kali minta bantuan sama dukun melalui nomer togel tapi ujung2nya tertipu hanya MBAH WIRANG yg berhasil membantu dia melalui pasang nomer togel 4D.. Disitulah saya tertarik dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D malaysia dari hasil meditasi ritual beliau. Singkat cerita alhamdulillah nomer itu betul-betul terbukti tembus sya menang RM.578.000, saya tidak menyanka kalau saya bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya rumah dan usaha sendiri itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) untuk lebih jelas kunjungi forum MBAH >>>KLIK DISINI<<< muda2han masih bisa membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete