`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 7, 2017

BW1M tingkat pendapatan wanita pendapatan rendah

Jika sebelum ini wanita golongan berpendapatan rendah mengusahakan produk secara kecil- kecilan kini mereka diajar berniaga secara sistematik.
peniaga-wanitafmt-ohsem-inside-article1Inisiatif penganjuran Program Bazar Wanita 1Malaysia (BW1M) yang diperluas ke seluruh negara terbukti berkesan dalam meningkatkan kualiti hidup golongan berpendapatan rendah termasuk ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).
Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Perlis, Shuhada Sabdin berkata, menerusi BW1M pendapatan usahawan wanita di negeri ini mampu ditingkatkan antara 30 hingga 50% secara konsisten bergantung kepada jenis perniagaan yang diusahakan.
“Golongan wanita berkenaan mampu menjana pendapatan sampingan atau membesarkan perniagaan mereka menerusi peluang serta bimbingan pemasaran produk mereka menerusi program ini.
“Sebelum ini mereka mengusahakan produk secara kecil- kecilan tetapi tidak tahu bagaimana mahu ketengahkan atau menjualnya. Sekarang mereka diajar bagaimana untuk berniaga secara sistematik sekaligus mampu merubah kualiti hidup keluarga,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama pada majlis penutupan program BW1M yang disempurnakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Santan, Datuk Sabry Ahmad di Pusat Rekreasi Tasik Melati di sini semalam.
Shuhada berkata JPW turun padang mendekati golongan wanita di negeri ini yang berminat menyertai BW1M serta menghebahkan mengenai program berkenaan serta bantuan perniagaan yang disediakan di peringkat komuniti.
“Buat masa ini di Perlis belum ada lokasi khusus atau pusat sehenti bagi para usahawan ini mengumpul serta memasarkan produk mereka, tetapi kita memeberi alternatif lain bersesuaian dengan keadaan di sesebuah komuniti itu.
“Contohnya produk mereka diketengahkan di sebuah mini market atau kawasan aked niaga. Malah jika ada yang berminat mengusahakan perniagaan secara dalam talian juga kita akan bimbing dari segi pengetahuan teknologi dan internet,” katanya.
Menurut Shuhada, seramai 300 peserta mendaftar untuk menyertai program ini dengan JPW turut memfokuskan kepada golongan ibu tunggal bagi membantu kelangsungan hidup mereka membesarkan anak-anak.
“Kebanyakan mereka (ibu tunggal) mempunyai pelbagai kemahiran yang boleh diketengahkan tetapi mereka tidak tahu berkenaan kewujudan program-program bantuan perniagaan yang disediakan bagi memulakan perniagaan.
“Terdapat 6,000 ibu tunggal direkodkan di Perlis. Sehubungan itu kita menyasarkan sekurang- kurangnya separuh daripada bilangan itu yang terlibat di dalam program seumpama ini termasuk sebarang program usahawan lain kelolaan JPW dan kementerian,” katanya.
Bagi Rahimah Ismail, 39, beliau lebih yakin untuk membesarkan perniagaan sampingannya kerana terdapat bimbingan khusus serta seminar bagi memajukan perniagaan menerusi program itu.
“Jika sebelum ini berniaga ikut keadaan, ada modal boleh buat biskut dan kek untuk diletakkan di kedai runcit berdekatan. Pendapatan juga tak menentu sebab pelanggan terdiri daripada komuniti sekitar sahaja.
“Tetapi sejak sertai program bimbingan kementerian, saya mampu berniaga secara tetap kerana ada modal lebih serta belajar cara berniaga dan pemasaran yang lebih teratur.
“Sebelum ini hendak dapat RM300 sebulan pun susah, sekarang RM600 dan lebih itu tetap kerana pelanggan sentiasa ada,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.