`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, August 20, 2017

Isa Samad bebas, SPRM tidak mohon lanjut tahanan reman

Peguam Isa, K Kumaraendran berkata Majistret Zainal Abidin Kamaruddin membebaskan beliau dengan diikat jamin RM150,000 dengan 2 orang penjamin selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak memohon untuk lanjutan tahanan reman.
VIDEO INSIDE
isa-samadPUTRAJAYA: Bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad bebas daripada tahanan reman hari ini selepas ditahan selama 5 hari bagi membantu dalam siasatan kes pembelian 2 hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).
Peguam Isa, K Kumaraendran berkata Majistret Zainal Abidin Kamaruddin membebaskan beliau dengan diikat jamin RM150,000 dengan 2 orang penjamin selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memohon untuk lanjutan tahanan reman.
Beliau ditahan reman sejak Rabu lalu.
Peguam itu berkata Isa kemungkinan akan dipanggil semula sebagai saksi jika mana-mana pihak dituduh berhubung kes itu.
“Beliau hanya dipanggil untuk membantu dalam siasatan, bukan sebagai suspek,” kata Kumaraendran. -FMT

1 comment:

  1. BARUA BETUL....CILAKAK BETUL....!!!?
    Tayangan ulangan "DramaMingguIni"...
    Pementasan/persembahan dari Kumpulan......
    "KerM/Agig/Sprrrm/PopIs dan agensi-agensi nya...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.