`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 12, 2017

Mahu buat kuih pun kena ada duit, Rosmah respons pengkritik

Jelas Rosmah, beliau tidak pernah mendesak kerajaan menambahkan peruntukkan kepada Permata sebaliknya hanya menyampaikan hasrat rakyat supaya dana Permata ditambah bagi tujuan pembangunan dengan lebih luas.
rosmah_meeting
KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menepis dakwaan pembangkang kononnya beliau meminta kerajaan khususnya Datuk Seri Najib Razak menambah bajet program Permata Negara yang dinaunginya.
Jelas Rosmah, beliau tidak pernah mendesak kerajaan menambah peruntukkan kepada Permata sebaliknya hanya menyampaikan hasrat rakyat supaya dana Permata ditambah bagi tujuan pembangunan dengan lebih luas.
“Jangan jadi macam pembangkang, Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) kata saya minta duit pula.
“Saya tidak akan minta duit. Kalau kita nak buat apa-apa, kita kena ada duit. Kalau tidak ada duit macam mana, sebagai contoh kalau nak beli tepung nak buat kuih pun kena ada duit,” katanya.
Najib merupakan perdana menteri dan menteri kewangan.
Rosmah berkata demikian semasa Program Hari Belia Perkasa Permata di Kompleks Komuniti Muhibbah Kuala Lumpur.
Pihak pembangkang termasuk PKR menyelar permintaan Rosmah agar kerajaan meningkatkan bajet bagi program didikan awal dinaunginya, Permata Negara.
Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau merasa jengkel apabila Rosmah mengatakan akan berbincang dengan suaminya, Datuk Seri Najib Razak.
“Ia juga sesuatu yang menjengkelkan apabila Rosmah boleh dengan bersahaja menyatakan bahawa beliau akan berbincang dengan suami untuk meningkatkan bajet Permata,” kata Nik Nazmi.
Mengulas lanjut, Rosmah berkata sepanjang beliau menjaga Permata, segala dana yang diperuntukkan oleh kerajaan 100% diuruskan oleh sekretariat badan itu dan tidak pernah memegang 1 sen pun wang yang diberikan kerajaan.
“Duit (Permata) ini saya tak pegang, 1 sen pun tidak jaga, duit pun saya tak nampak. Dia punya segala perancangan dan pengurusan wang dibuat sekretariat,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.