`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!







                                                                                                                                     KKLIU 1211/2017
CLICK HERE :http://oze.my/



Saturday, August 5, 2017

Najib sempurnakan Larian Obor KL2017

Larian bermula kira-kira pukul 9 pagi sebaik perdana menteri menerima obor daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin di perkarangan Menara Kembar Petronas KLCC.
najibKUALA LUMPUR: “Negaraku Bangkit Bersama”. Ini mesej ditinggalkan Datuk Seri Najib Razak di atas ‘pledge car’ Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) selepas selesai perdana menteri menyempurnakan Larian Obor KL2017 di sini, pagi ini.
Najib menyempurnakan larian beliau itu bermula dari perkarangan KLCC ke Menara Naza di Persiaran KLCC.
Kereta model Peugeot 208 berkenaan yang disumbangkan NAZA adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai menulis mesej mereka pada badan kenderaan itu sebagai sokongan kepada atlet Sukan SEA.
Larian bermula kira-kira pukul 9 pagi sebaik perdana menteri menerima obor daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin di perkarangan Menara Kembar Petronas KLCC.
Obor kemudian dibawa melalui pekarangan Hotel Traders di mana ia kemudian diserahkan Najib kepada isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sebelum kedua-duanya menyambung larian ke Menara NAZA.
Sebaik tiba di Menara NAZA, obor berkenaan kemudian diserahkan kepada Pengarah NAZA Group SM Nasarudin SM Nasimuddin.
Larian sejauh kira-kira 5.2 kilometer berkenaan juga disertai Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bersama isteri masing-masing, selain 250 orang peserta.
Ia turut disertai beberapa atlet negara iaitu ratu gimnastik Farah Ann Abdul Hadi, pesilat negara Mohd Al Jufferi Jamari dan bekas jaguh badminton negara Foo Kok Keong.
Selepas Menara NAZA, obor berkenaan akan dibawa meneruskan perjalanannya ke Menara KL selain merentasi beberapa lagi kawasan di ibu negara sebelum ke Putrajaya dan dibawa ke destinasi terakhirnya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari pembukaan KL2017.
Larian hari ini adalah kesinambungan daripada larian di Selangor yang tamat di Shah Alam, semalam.
Ia adalah praacara kepada temasya sukan KL2017 yang dianjurkan Jawatankuasa Pengelola Malaysia dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan negeri sebagai inisiatif meningkatkan motivasi dan semangat rakyat menjelang temasya sukan berkenaan.
KL2017 akan diwakili 871 atlet yang bertanding dalam 397 acara daripada 404 yang dipertandingkan secara keseluruhan - FMT

1 comment:

  1. Permisi saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang mantan TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong, Katanya udah beberapa kali minta bantuan sama dukun melalui nomer togel tapi ujung2nya tertipu hanya MBAH WIRANG yg berhasil membantu dia melalui pasang nomer togel 4D.. Disitulah saya tertarik dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D malaysia dari hasil meditasi ritual beliau. Singkat cerita alhamdulillah nomer itu betul-betul terbukti tembus sya menang RM.578.000, saya tidak menyanka kalau saya bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya rumah dan usaha sendiri itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) untuk lebih jelas kunjungi forum MBAH >>>KLIK DISINI<<< muda2han masih bisa membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete