`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Friday, August 11, 2017

Pemandu terpaksa berpatah balik

junaidi_ladjana@hmetro.com.my
LEBIH 100 pengguna terkandas hampir satu jam apabila Jalan Bundusan-Penampang berhampiran Pavillion Bundusan, Penampang, dinaiki air setinggi satu meter akibat banjir kilat, hari ini.
Dalam kejadian pada 3 petang itu menyebabkan laluan berkenaan tidak dapat dilalui oleh kenderaan dan terpaksa berpatah balik.
Kenderaan terpaksa berpatah balik selepas Jalan Bundusan-Penampang dinaiki air akibat banjir kilat, hari ini. FOTO Ihsan JBPM© Provided by Media Prima Kenderaan terpaksa berpatah balik selepas Jalan Bundusan-Penampang dinaiki air akibat banjir kilat, hari ini. FOTO Ihsan JBPM
Seorang pengguna George Matusi, 37, berkata ketika kejadian dia baru mengambil anaknya di kelas tuisyen berhampiran Pekan Donggongon dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Country Height, di sini.
"Sebaik tiba di lokasi, saya dapati laluan ini dinaiki air kira-kira satu meter dan mengambil keputusan untuk menunggu sehingga air surut.
“Bagaimanapun, paras air semakin naik selepas lebih satu jam kemudian menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berpatah balik mengikut laluan alternatif," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Mohd Akramin Sakirun berkata, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku berikutan banjir kilat di beberapa lokasi termasuk di Jalan Bundusan-Penampang.
"Sebaik menerima maklumat awam, sepasukan anggota dikerahkan ke Jalan Bundusan-Penampang untuk pemantauan. Setakat ini, keadaan paras air masih terkawal dan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku," katanya.
Katanya, selain banjir kilat, pihaknya turut menerima laporan kejadian pokok tumbang berhampiran Klinik Kesihatan Penampang, Donggongon dan Kampung Madsiang (Jalan Penampang- Tambunan).
"Dua kejadian pokok tumbang itu berlaku antara 3 hingga 5 petang tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya.

No comments:

Post a Comment