`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 21, 2017

Polis siasat gambar Shafie Apdal berbaju lokap SPRM

Shafie Apdal dan Naib Presiden Warisan, Peter Anthony dilihat dalam sebuah gambar didakwa disunting untuk menunjukkan mereka berbaju oren seperti dipakai tahanan SPRM.
Shafie-ApdalKOTA KINABALU: Polis sedang menyiasat laporan dibuat Parti Warisan Sabah (Warisan) berhubung sebuah artikel dan imej suntingan dalam talian yang menggambarkan Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal sebagai tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Pemuda Sepanggar, Norazmi Alimat dalam laporan polisnya berkata, pengguna bernama Hafizi Harris melalui satu catatan Facebook pada Sabtu lalu secara salah mendakwa Shafie dan Naib Presidennya, Peter Anthony ditahan SPRM.
Catatan itu didakwa dikongsi di www.masterdedah.com pada hari sama yang menunjukkan imej jelas disunting di mana 2 lelaki itu berbaju T oren yang biasanya dipakai suspek SPRM semasa prosiding mahkamah.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Chandra Muthu ketika dihubungi berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia atas penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.
Chandra berkata, polis dalam proses mengenal pasti pemilik akaun Facebook dan laman web itu melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Warisan dalam kenyataan semalam berkata, Shafie menghadiri sebuah program menemui rakyat di Sipitang pada hari kejadian dan artikel serta gambar itu mencemarkan imej parti dan kepimpinannya.
Hasil pemeriksaan ketika laporan ini ditulis mendapati status dan gambar itu masih berada di akaun Facebook dan laman web berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.