`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, August 16, 2017

SERANGAN BERJAYA LETAKAN NAJIB MENANG DALAM KALAH

Matlamat Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) menganjurkan Forum Nothing To Hide 2.0 adalah untuk memperkecilkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebagai pengecut kerana tidak hadir  bagi kali kedua tetapi tentunya Bersatu tidak terfikir tindak balas terancang  untuk memalukan Tun Dr Mahathir.
UMNO menang dari segi publiciti tetapi bertambah teruk dari segi kredibliti.
Walaupun UMNO dinapikan sebagai berada di belakang tindakan  ini ,tetapi mereka yang membat penapian ini  terdiri bekas pegawai2 Bersatu yang tersingkir setelah diketahui  sebagai ejen provokasi yang  sejak dari awal lagi  menyusup kedalam Bersatu dengan  misi tertentu.
Peranan mereka semakin jelas bila berada di luar  Bersatu dan suatu kejayaan besar mereka apabila dapat membenamkan berita  ketidak hadhiran Najib kepada berita kegemparan Mahathir dibaling kasut,suar dan kerusi di Nothing To Hide ke 2.
Kejadian  di luar peradaban politik Malaysia ini tentunya tidak dijangka oleh penganjur dan juga oleh  Mahathir sendiri.
Mereka yang berfikiran waras dan tidak bangang , tidak dapat menerima dakwaan bahawa kejadian ini tidak dirancang dan jika tidak dirancang bagaimanakah suar dibawa dan dibaling  ke dalam dewan untuk menampakkan” Api kekacauan” bagi menggambarkan kehebatan serangan.
Kejayaan kegemparan ini ialah  mematikan cerita ketakutan Najib menghadhiri Forum Nothing to Hide2 yang mungkin akan diexplotasi oleh pihak pembangkang.
Bagaimanapun  untuk meyakinkan rakyat bahawa UMNO tidak berada dibelakang usaha ini  adalah sukar sekalipun  Utusan Malaysia mendedikasi 10 mukanya   untuk mengelirukan rakyat. Kredibiliti  kekuatan UMNO sendiri juga tercemar apabila  PAS yang pernah mengkafirkannya turut menumpang semangkuk
Pertama sekali ialah oleh kerana Utusan Malaysia telah pun diketahui sebagai lidah rasmi UMNO yang tidak lagi diyakini oleh rakyat dan bukti yang kedua  jualan akhbar Utuan Malaysia yang menuduh Armada(Sayap Pemuda Bersatu) sebagai pembuat angkara telah bertimbun tak laku semalam,lebih teruk dari hari hari lain.
(Ini adalah dari tinjauan saya sendiri iaitu suatu kerja yang saya buat ketika saya menjadi Ketua Pengrang dahulu dan masih saya teruskan sesekali bila perlu).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.