`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, August 20, 2017

Shahrizat: Umno berpeluang di Lembah Pantai, Izzah hanya ‘pemimpin media sosial’

Ketua Wanita Umno berkata Nurul Izzah hanya sibuk dengan media sosial, jarang turun padang membantu rakyat.
Shahrizat-lembahKUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) berpeluang merampas kembali kerusi Parlimen Lembah Pantai berikutan program pembangunan berterusan yang dilakukannya untuk kesejahteraan rakyat, kata Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau berkata usaha sedemikian nyata berhasil apabila rakyat kawasan itu dilihat kembali menyokong BN.
“Melalui pembangunan dan program teratur yang dijalankan di Wilayah Persekutuan, saya jangka peluang BN merampas semula Lembah Pantai cerah sekali memandangkan sudah ada tanda-tanda kembalinya sokongan rakyat peringkat akar umbi di sini kepada BN,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Lembah Pantai hari ini.
Shahrizat berkata menerusi bancian sikap pengundi yang dijalankan pihaknya, majoriti penduduk Lembah Pantai kecewa dengan wakil rakyat mereka Nurul Izzah Anwar yang didakwa jarang turun padang untuk bertemu dan membantu rakyat.
Beliau turut menyifatkan Nurul Izzah hanyalah “pemimpin media sosial” yang tidak mengambil peduli masalah rakyat di kawasannya.
“Rakyat juga mempersoalkan sumbangan dan jasa yang telah dilakukan oleh wakil rakyat itu yang hanya sibuk dengan media sosial, sekadar bercakap sahaja walaupun sudah 2 penggal memegang jawatan wakil rakyat kawasan ini.
“Kalau ada pun (turun padang) hanya simbolik. Ambil gambar dan masuk (muat naik) ke media sosial dan lepas tangan. Jadi, wakil rakyat itru hanya bertenggek sahaja atas jasa yang telah dibuat oleh BN.
“Saya juga sebagai bekas Anggota Parlimen di sini (Lembah Pantai) selama 3 penggal mahu bertanya sejak bila pembangunan di Lembah Pantai bermula dan di bawah (pentadbiran) pembangkang, apa pembangunan yang dah dibuat?,”soalnya. FMT

1 comment:

  1. Memang la ..perluang cerah untuk menang ..bagi UMNO.....
    sekiranya dicampuraduk dengan undi mamak bangla/asing. .....
    Umumnya sudah diketahui rakyat..SPR/Umno bersekongkol....
    untuk memastikan Umno menang kerusi Lembaga Pantai dengan apa
    cara sekali pun. ..
    Insha'allah..dengan di izinkan tuhan..kami rakyat akan cuba mempertahankan kerusi tersebut....
    dari ancaman...lembu lembu bangla/india/indo/Myanmar dan tak ketinggalan juga dari laNong-laNong dan kerabat

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.