`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, August 17, 2017

SPRM serbu pejabat Isa di SPAD

Kira-kira 10 pegawai SPRM dilapor memasuki pejabat bekas pengerusi Felda itu untuk mendapatkan dokumen berhubung siasatan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).
spad-maccPETALING JAYA: Selepas menyerbu rumah Tan Sri Isa Samad Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi menyerbu pejabat bekas pengerusi Felda itu di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di kompleks Kuala Lumpur Sentral, ibu negara.
Berita Harian melaporkan kira-kira 10 anggota SPRM berpakaian biasa memasuki pejabat Isa yang terletak di tingkat 4 pada jam 11.00 pagi.
Sumber SPRM ketika dihubungi FMT mengesahkan serbuan itu, yang berakhir sekitar 1.00 tengah hari.
“SPRM hanya memasuki pejabat Isa sahaja dan mengambil beberapa dokumen berhubung siasatan pembelian hotel,” kata sumber itu.
Terdahulu SPRM menyerbu rumahnya di Selangor dan Negeri Sembilan.
Isa dilantik pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikat Felda, Felda Global Ventures Bhd (FGV) pada 1 Januari 2011. Tan Sri Shahrir Samad menggantikan tempat Isa sebagai pengerusi Felda pada 6 Januari lepas, dan berundur dari FGV pada 19 Jun lalu, dan dilantik sebagai pemangku pengerusi SPAD pada hari yang sama.
Beliau ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya kelmarin dalam siasatan agensi anti-rasuah ke atas pembelian 2 hotel oleh anak syarikat Felda, Felda Investment Corportion (FIC) antara 2014 dan 2015.
SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel di London dan Kuching itu yang dipercayai dibeli pada harga yang lebih tinggi daripada pasaran, mengakibatkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri dilaporkan berkata seorang pengerusi sementara akan dilantik dalam kalangan ahli lembaga pengarah SPAD untuk mengetuai suruhanjaya itu.
“Tidak adil untuk membuat spekulasi kerana dia baru ditahan, namun pengurusan (SPAD) akan terus berjalan seperti biasa,” katanya, lapor Berita Harian. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.