`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, April 20, 2018

JAWAPAN KETUA PENGARAH KASTAM YANG MASIH BOLEH DIPERTIKAIKAN

Susulan rungutan berterusan pelbagai pihak berhubung pengecualian cukai GST yang diberikan kerajaan kepada China Communications Construction Company atau CCCC, kontraktor yang membina ECRL, Ketua Pengarah Kastam, Subromaniam Tholasy sekali lagi tampil mengadakan sidang akhbar untuk memberikan penjelasan.
Jika kali pertama dulu beliau mengeluarkan kenyataan dengan mengesahkan memang benar CCCC diberikan pengecualian cukai setelah perkara itu didedahkan oleh Husam Musa, kali ini tidak sekadar mengeluarkan kenyataan, sebaliknya mengadakan sidang akhbar untuk memberi  penjelasan yang lebih panjang.
Jawapan beliau kali ini tidak ubah seperti ahli politik pula lagaknya kerana beliau tidak saja memberikan penjelasan, tetapi juga menujukan kecamannya terhadap  kepimpinan terdahulu yang berbeza pendapat dengan kepimpinan sedia ada.
Antara yang disebutnya ialah:-
– pengecualian cukai kepada projek-projek mega lebih banyak lagi dilakukan semasa era Tun Mahathir Mohamad dulu berbanding zaman Najib Razak.
– kononnya pengecualian cukai kepada CCCC itu diluluskan oleh Menteri Kewangan atas nasihat yang diberikan oleh Jabatan Kastam kepada Najib setelah mempertimbangkan kebaikannya kepada rakyat.
– pelepasan cukai GST itu didakwa memberi kebaikan kepada rakyat kerana ECRL adalah syarikat Malaysia.
– beliau juga mengaitkan kecaman-kecaman berhubung pelepasan cukai GST itu dengan berita palsu yang didakwanya sengaja ditimbulkan untuk mencetuskan kekeliruan.
Oleh kerana sekarang ini adalah musim pilihanraya dan penamaan calon hanya akan diadakan pada 28 April nanti, dan jika Najib masih kekurangan calon untuk diketengahkan, barangkali Subromaniam bolehlah dijadikan pilihan untuk dipertimbangkan.
Ini kerana, meskipun beliau adalah pegawai kerajaan, tetapi jawapannya lebih menjurus kepada jawapan berunsur politik dengan turut mengaitkan pelepasan cukai yang pernah diberikan oleh Tun Mahathir yang diketahui umum merupakan musuh utama kepada Najib.
Meksipun Najib tentunya gembira dengan jawapan Subromaniam kerana beliau kelihatan pandai menjaga hati “boss”  dan ada unsur-unsur bijak mengampu, selain turut menghentam “musuh bossnya”, penjelasan beliau sebenarnya masih boleh dipertikaikan.
Mungkin benar banyak projek-projek mega ketika era Tun Mahathir diberikan pelepasan cukai, tetapi isunya adakah rakyat bersungut dan terbeban dengan cukai SST ketika itu?
Adakah waktu itu barangan keperluan harian menjadi mahal dan subsidi untuk rakyat pernah ditarik oleh Tun Mahathir?
Jadi, apa isunya jika banyak projek mega ketika era Tun Mahathir dahulu dikecualikan cukai, sedangkan hasilnya dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia sendiri sehingga sekarang?
Bebanding CCCC yang diberikan pengecualian cukai GST itu, rakyat Malaysia yang lebih mendapat manfaat atau syarikat China tersebut?
Sudah berapa banyak pula syarikat-syarikat tempatan yang melaksanakan projek kerajaan turut diberikan pelepasan cukai GST oleh Jabatan Kastam?
Kenapa Jabatan Kastam hanya memberikan nasihat kepada Najib berkaitan CCCC saja dan tidak kepada syarikat-syarikat tempatan?
Subromanian juga menyebut pelepasan cukai GST itu adalah wajar kerana ECRL adalah syarikat Malaysia.
Tidakkah ini bermakna Ketua Pengarah Kastam cuba menyebar berita palsu kepada rakyat kerana yang diberikan pelepasan cukai oleh Jabatan Kastam bukannya ECRL, tetapi CCCC daripada negara China?
Apakah tujuan beliau cuba mengelirukan rakyat seolah-olah ECRL dan CCCC adalah entiti yang sama?
– http://shahbudindotcom.blogspot.co.id

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.