`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, September 3, 2018

ANWAR DIHARAP TIDAK BAKAR KELAMBU KERANA SEEKOR DUA NYAMUK

KESEDARAN  NEGARA ROSAK DITINGALKAN UMNO DIALUKAN
Tidaklah boleh dinafikan  Anwar menghadapi tekanan dari kroni-kroninya yang setia untuk beliau membentuk kabinetnya sendiri yang memberikan kedudukan yang lebih adil dan sesuai bagi mereka. Tiap mereka ada  cita-cita tersendiri yang telah pun terdedah sebaik sahaja Tun Mahathir mahu membentuk kabinetnya.

Maka itu kita melihat politik sorong papan tarik papan Anwar untuk mempastikan kedudukan masa depannya sebagai Perdana Menteri dan masa depan orang-orangnya  yang bila sampai masanya beliau   akan mengorbankan kabinet Mahathir yang tidak disenanginya.

Maka itu kita  boleh anggap Mahathir mengetuai kabinet yang tidak pasti masa depan mereka.

Apapun harapan umum adalah untuk Anwar  dapat mengawal nafsu dan nafsu orang-orangnya supaya beliau tidak membakar kelambu  kerana seekor dua nyamuk. Kepentingan negara dan  hasrat majority rakyat yang mahu  melihat Tun Mahathir memimpin negara sehingga berlaku  pemulihan ekonomi dan kewangan yang meyakinka mestilah diutamakan supaya beliau dapat mewarisi kestabilan dan tidak mengambilalih negara  dalam keadaan yang pincang. 

Kesedaran beliau dalam hal ini seperti yang disuarakannya di Alor Setar kelmarin  mententeramkan perasaan rakyat yang mempunyai berbagai prasangka buruk terhadap beliau terutama  sebagai seorang yang tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri. Ingatlah disamping usaha, kedudukan dan hasrat kita ditentukan oleh Allah.
BERITA BERNAMA:
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa beliau sendiri akan berdepan dengan kesukaran mengurus dan memulihkan ekonomi negara sekiranya memegang jawatan perdana menteri pada ketika ini.
Presiden PKR itu berkata ia kerana negara dibebani dengan hutang yang besar yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.
Justeru, katanya, memegang jawatan nombor satu negara bukan satu tugas yang mudah kerana tiada siapa menjangkakan ekonomi negara seteruk ini selain terpalit skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang memburukkan lagi imej negara di mata dunia.
“Kerajaan baharu memang banyak cabaran, kalau saya jadi perdana menteri pun tidak mudah, tiada siapa boleh jangka ekonomi negara kita teruk macam ini, dengan masalah Felda dan 1MDB,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR Kedah dan Perlis, di Alor Setar hari ini.
Beliau berkata apa yang menghairankan ketika ini adalah apabila ada dalam kalangan pemimpin Umno yang mengkritik kerajaan baharu dengan pelbagai modal, sedangkan ‘kerosakan’ negara itu adalah berpunca daripada mereka.
Berhubung pemilihan parti, Anwar berkata pihaknya tidak rela ada pemimpin yang menyalahgunakan kedudukan masing-masing untuk meraih undi kerana setiap jawatan yang diberikan adalah amanah yang perlu dipikul untuk membawa agenda transformasi.
Menurut beliau, pihaknya tidak akan menyingkirkan mana-mana calon yang kalah dalam pemilihan sebaliknya mereka akan dibawa bersama-sama untuk menerajui parti pada masa akan datang.
“Sehubungan itu saya ingin menasihatkan anggota parti agar pilihlah pemimpin yang jujur, baik, istiqamah dalam perjuangan, tidak sombong dan tidak tunjuk kekayaan tapi mempamerkan kesederhanaan serta tegas mempertahankan parti,” katanya.
Pemilihan parti itu akan berlangsung pada 14 Sept hingga 13 Okt di seluruh negara.
– Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.