`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, September 3, 2018

Lesbian disebat hari ini

DUA wanita menjalani hukuman enam kali sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu setelah didapati bersalah melakukan hubungan sejenis dalam kereta pada April lalu.
Terdahulu tertuduh berusia 22 dan 32 tahun, yang didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah, mengaku salah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa cuba melakukan perhubungan seks di dalam kereta di Dataran Arena Square, Dungun, 1.50 tengah hari, pada 8 April lalu.
a person posing for the camera: DUA wanita yang dijatuhi hukuman sebat atas kesalahan melakukan hubungan sejenis hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu menjalani hukuman hari ini. FOTO Ghazali Kori© Provided by Media Prima DUA wanita yang dijatuhi hukuman sebat atas kesalahan melakukan hubungan sejenis hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu menjalani hukuman hari ini. FOTO Ghazali Kori

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.