`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, May 31, 2019

Anwar Ke Mekah Untuk Doa Cepat Jadi Perdana Menteri

(Utusan) – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berlepas ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Dr. Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri pada masa sama akan mewakili Perdana Menteri menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Ke-14 yang sedang berlangsung di Mekah.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Ahli Parlimen Port Dickson itu menerusi akaun Twitter beliau dengan berkongsi beberapa gambarnya bersama isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum bertolak.
“Berangkat ke Mekah bersama Azizah untuk menunaikan umrah. Mohon doa teman-teman semoga dipermudahkan,” menurut dalam akaun media sosialnya itu hari ini.
Pada Isnin lalu ketika bertemu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya, Anwar memaklumkan beliau akan menunaikan umrah bersama Dr. Wan Azizah yang turut menghadiri Sidang Kemuncak OIC.
Menurutnya lagi, dalam pertemuan itu beliau turut merujuk kebimbangan partinya kepada Perdana Menteri mengenai ancaman Amerika Syarikat terhadap kepemimpinan Iran.
“Kerajaan perlu menyatakan pendirian tegas dengan menolak sebarang provokasi kepada seluruh negara Islam,” katanya.

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.