`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, July 24, 2019

Rupanya 3 Juta Murid "Rosak" Kerana Dasar PPSMI.

Oleh : Cikgu Rimas Aslih Geth 

Minta maaf Tun M, saya amat tidak bersetuju jika dasar PPSMI dilaksanakan semula. 


Ulasan panjang lebar pernah dikongsi oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh, seorang tokoh guru yang juga media sosial influencer dan saya sependapat dengan beliau.

1. Dasar pengajaran Matematik dan Sains diperkenalkan pada 2003, 16 tahun lepas. Objektif utamanya untuk meningkat penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

2. Dasar ini dimansuhkan kerana didapati tidak berjaya setelah 6 tahun pelaksanaannya. Ia dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012.

3. Kajian dari Prof. Emeritus Datuk Isahak Haron mendapati dapatannya adalah negatif cuma tidak diketahui umum.

4. Dianggarkan TIGA JUTA murid yang pendidikannya rosak akibat dari pelaksanaan Etems atau PPSMI yang lalu. Ini berdasarkan kajian dari Prof Emeritus Datuk Isahak Haron.

5. Pengalaman peribadi saya sendiri yang pernah mengajar Matematik dalam Bahasa Inggeris selama 2 tahun (2011-2012) di sekolah luar bandar (SMK Beluran II), tahun 2013 - 2014 saya mengajar di sekolah bandar pun pihak sekolah masih meminta kami guru Sains & Matematik mengajar dalam Bahasa Inggeris, dengan tegas mengatakan ianya tidak berjaya dan menyusahkan. Kenapa susah?

5.1 Murid-murid ini dilahirkan dengan bakat dan kebolehan yang berbeza-beza.

5.2 Ada murid LEMAH bahasa, tapi cepat FAHAM nombor. Maka murid yang lemah menguasai bahasa akan gagal memahami nombor (Matematik) bila diajar dalam Bahasa Inggeris.

5.3 Sedangkan murid yang sama jika diajar Matematik dalam Bahasa Malaysia, mereka cepat faham dan pandai.

5.4 Mengajar Matematik masa zaman PPSMI sangat memenatkan kerana guru perlu mengajar dalam dwi bahasa. Awalnya mengajar dalam English, kemudian perlu translate dalam Bahasa Malaysia untuk memastikan murid faham. Jika sepenuhnya mengajar dalam English, lebih dari separuh kelas hanya nganga. Tak dapat apa.

5.5 Disebabkan masalah murid untuk memahami soalan dalam English, maka dulu-dulu diwajibkan kami pembina soalan membina soalan dalam dwi-bahasa. Murid boleh jawab dalam dwi-bahasa. 

5.6 Bilamana soalan dalam peperiksaan besar pun murid dibenarkan jawab dalam dwi-bahasa, maka sangat ramai guru-guru menumpukan untuk mengajar Matematik hanya dalam Bahasa Malaysia kerana murid lebih cepat faham. Lagi pun soalan peperiksaan dwi-bahasa dan dibenarkan jawab dalam Bahasa Malaysia. Jadi, apa pointnya nak mengajar dalam English kalau sekadar menyusahkan?

6. Baru-baru ini, kecoh tentang peperiksaan MUET untuk Cikgu English dan ada yang mengatakan guru subjek English di negara kita sangat kurang. Yang ada pun, segelintir mereka tidak benar-benar mahir dan bukan opsyen (kata sesetengah orang)


7. Jika Guru Bahasa Inggeris pun tidak mencukupi untuk mengajar subjek English, bagaimana pula memahirkan guru Matematik dan Sains agar mengajar dalam Bahasa Inggeris? Kursus mungkin boleh dibuat namun adakah penggunaan grammar, bahasa, sebutan cikgu-cikgu ini akan sama dengan pengajaran guru English yang mahir?

8. Jika cikgu-cikgu Matematik dan Sains sendiri pun Bahasa Inggeris mereka kurang bagus (sebahagian), bagaimana nak ajar murid menggunakan bahasa yang mereka tidak mahir? Mungkin ada istilah dan grammar yang mereka gunakan salah, mungkin pronounce mereka tidak betul, dan jika diikuti murid-murid, apa akan jadi? Bukankan ajaran sesat namanya?

********

Kesimpulannya,

1. Dasar sedia ada kita pada saya sudah sangat bagus. Apa itu? Kelas DLP. Saya sangat menyokong kelas DLP. 

2. Kelas DLP sepatutnya diperluaskan ke semua sekolah-sekolah di Malaysia secara berperingkat.

3. Melalui kelas DLP, murid-murid bahkan ibubapa mempunyai pilihan. Jika anak mereka dari kecil pandai Bahasa Inggeris, di rumah dan di taska/tadika pun menggunakan Bahasa Inggeris, elok dimasukkan ke kelas DLP.

4. Apa itu DLP? DLP ialah singkatan untuk Dual Language Programme. Senang cerita, anak-anak yang ambil kelas DLP akan belajar Sains dan Maths dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Diulang, SEPENUHNYA!

5. Murid-murid pedalaman, luar bandar bahkan murid bandar yang lemah dalam bahasa boleh memilih kelas biasa, yakni belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia.

6. Di sini adil bagi murid, guru dan ibubapa. Kelas DLP yang sedang berjalan sekarang ini memerlukan mereka belajar dalam English sepenuhnya. Soalan peperiksaan juga wajib dibina dalam Bahasa Inggeris dan murid juga diwajibkan menjawab dalam Bahasa Inggeris. Maka objektif KPM tercapai. Tidak seperti kes PPSMI dahulu yang boleh jawab dalam dwi-bahasa.

7. Benda yang baik (kelas DLP) ini pada saya teruskan sahaja dan perluaskan. Kegagalan PPSMI dahulu, kajian dari Prof Emeritus Datuk Isahak Haron pula memberi signal awal pada kita untuk tidak meneruskan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

Namun saya tidak senada dengan beliau yang tidak menyokong dengan kelas DLP. Saya sangat sokong kelas DLP kerana pada saya ianya adil untuk murid yang mahir berbahasa Inggeris dan murid yang sangat minat English.

8. Saya sangat-sangat berharap agar hal ini dikaji secara mendalam dan terperinci oleh ahlinya iaitu orang akademik, orang yang benar-benar sayangkan pendidikan negara dan mereka yang arif dalam bidang pendidikan.

9. Murid-murid bukan bahan eksperimen. Pendidikan kita terlalu mahal untuk diperjudikan. Ianya melambangkan apa dan siapa kita di masa akan datang. Ia mencorak generasi. Ia mencerminkan negara. Dan ianya perlu diteliti dan dikaji dengan cermat oleh ahlinya.

Sekian..

***

Artikel ini tidak mewakili pihak sekolah, jabatan mahupun pihak KPM.

Sekadar luahan seorang guru yang pernah mengajar Matematik dalam Bahasa Inggeris. -sozcyili

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.