`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, September 21, 2019

Jerebu: 2 penerbangan di LTSAS batal petang ini

Bacaan di portal APIMS menunjukkan indeks pencemaran udara di semua lima stesen di Perak adalah pada tahap sederhana setakat pukul 7.00 petang.
IPOH: Dua daripada enam penerbangan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini terpaksa dibatalkan pada petang ini disebabkan jerebu.
Pengurus LTSAS, Mohd Ali Osman berkata, penerbangan yang dibatalkan melibatkan laluan Johor Bahru-Ipoh-Johor Bahru daripada syarikat penerbangan Malindo Air dan laluan Singapura-Ipoh-Singapura melibatkan syarikat penerbangan tambang murah Singapura, FlyScoot.
“Jarak penglihatan adalah 2,500 meter setakat pukul 5.50 petang ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, 417 penumpang terjejas akibat pembatalan penerbangan pada hari ini.
Pihak LTSAS sentiasa melakukan pemantauan keadaan semasa bersama pihak berkaitan, termasuk Jabatan Meteorologi dan kawalan trafik udara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.
Pagi semalam tiga penerbangan dibatalkan sebelum penerbangan beroperasi semula pada pukul 11 pagi apabila jarak penglihatan meningkat selepas hujan.
Pemeriksaan dalam portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara di semua lima stesen di Perak adalah pada tahap sederhana setakat pukul 7.00 petang.
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya. - FMT

1 comment:

  1. Haze is crazy even in Singapore where I am... We had recent fires too due to dryness...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.