`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, October 23, 2019

Dinoda 7 rakan asrama

a man sitting in front of a window: GAMBAR hiasan© Provided by Media Prima GAMBAR hiasanzatuliffah@hmetro.com.my
PELAJAR lelaki di sekolah menengah di Marang mendakwa bukan hanya dipaksa melakukan seks oral oleh rakan asramanya tetapi turut diugut akan dicederakan jika enggan mengikuti arahan diberikan.
Kejadian menimpa mangsa berusia 14 tahun itu terbongkar selepas remaja terbabit menceritakan perkara itu kepada ibunya berusia 37 tahun ketika wanita terbabit melawatnya di asrama, 9.30 pagi kelmarin.
Menurut sumber, wanita terbabit yang terkejut mendengar cerita anaknya, membuat pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa sebelum menemui beberapa kesan lebam di perutnya selain mangsa turut mendakwa sakit di seluruh anggota badan dan punggungnya.
Katanya, mangsa mendakwa selalu dipaksa melakukan seks oral oleh tujuh rakannya dan akan dibelasah sekiranya enggan mengikuti arahan diberikan.
“Mangsa juga mendakwa diugut akan dicederakan sekiranya menceritakan kejadian itu kepada orang lain termasuk warden dan pihak sekolah.
“Susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.