`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, October 19, 2019

Komik Propaganda: Hew Akui Cetak 3000 Unit, 2500 Unit Untuk Sekolah Seluruh Negara

(Buletin TTKM) – Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai Superman Hew mengakui sejumlah 3 ribu naskah komik “Inisiatif Jalur dan Jalan” telah dicetak dan 2500 unit daripada itu akan dihadiahkan kepada sekolah-sekolah.
Walau bagaimanapun, Hew menafikan komik tersebut adalah bahan propaganda yang diedarkan kepada pelajar secara meluas kerana menurutnya, sebuah sekolah hanya akan menerima 1 naskah sahaja.
Ini bermakna komik tersebut kemungkinan akan diedarkan ke sekolah menengah ke seluruh negara kerana jumlah sekolah seluruh negara adalah berjumlah 2438 buah.
Katanya lagi, beliau bertanggungjawab terhadap kandungan komik tersebut dan mendakwa ianya ‘bukan merupakan bahan fitnah terbitan dari puak puak UMNO macam buku (100 Dalil seseorang tidak layak jadi PM) , yang tidak mempunyai info mengenai penerbit dan penulis ‘.
Bekas ahli DAP itu turut mendakwa komiknya itu cuma menjelaskan kenyataan sejarah.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dinaikkan di akaun facebooknya semalam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.