`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, October 19, 2019

Label pemuda Melayu sokong Uighur ‘radikal’, Syed Saddiq bidas Hew ‘bodoh’

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq menyifatkan kandungan komik Jalur dan Jalan mengenai sokongan pemuda Melayu pada komuniti Uighur ‘menjijikkan’.
PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membidas Hew Kuan Yau “superman bodoh” selepas mendapati komik kontroversi “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama” mengaitkan sokongan pemuda Melayu kepada komuniti Uighur di China dengan radikalisme.
“Saya ulang pendirian saya pada 2016. Dia memang ‘Super Stupid Superman’,” katanya di Facebook hari ini, serta memuat naik gambar halaman komik itu.
Beliau menarik perhatian kepada kenyataan Hew, seorang bekas ahli DAP, pada 2016 berhubung pertikaian Laut China Selatan.
“Dulu kata Laut China Selatan milik China yang menghina kedaulatan negara. Sekarang melabel penyokong Melayu yang menyokong komuniti Uighur sebagai ‘Radikal’.
“Jika ini bukan perkauman, saya tak tahulah. Menjijikkan.”
Media melaporkan Hew dituduh tidak patriotik kerana mengisytiharkan Laut China Selatan milik China dalam satu kiriman di Facebook pada Julai 2016, ditengah-tengah pertikaian antara negara komunis itu dan negara-negara Asean termasuk Malaysia.
Hew mengumumkan keluar DAP berkuatkuasa serta-merta kerana kontroversi itu.
Tiga tahun selepas kiriman itu, apabila pelantikannya sebagai ketua pegawai eksekutif Majlis Perniagaan China-Malaysia (MCBC) berkuatkuasa 1 Feb 2019 dipersoalkan orang ramai, Hew memohon maaf kepada rakyat dan menarik balik “pandangan peribadi” tersebut.
Isu Uighur menarik perhatian rakyat susulan laporan badan hak asasi dan media antarabangsa mengenai penahanan orang Uighur dan kaum berketurunan Turki di China di “pusat latihan dan vokasional”, istilah yang digunakan Beijing bagi menempatkan ribuan orang Islam yang mengkritik dasar China di Xinjiang.
Majoriti orang Uyghur dan kaum berketurunan Turki di China beragama Islam.
Badan hak asasi sekian lama menuduh China bertindak keras terhadap penentangan di Xinjiang dengan alasan melawan ekstremisme umat Islam. Beijing pernah menafikan pendedahan kem tahanan itu, tetapi kemudian berkata ia adalah “pusat vokasional” untuk “menyelamatkan” orang daripada pengaruh pelampau.
Menteri Mujahid Yusof Rawa melawat “pusat latihan dan vokasional” pada Jun lalu, mengatakan pusat itu menjalankan aktiviti “latihan perindustrian” seperti menjahit dan mengakhiri kenyataannya dengan #RahmatanLilAlamin.
Pada Julai, gabungan 34 NGO tempatan berhimpun di Kedutaan China di ibu negara bagi menyerahkan memorandum menggesa Beijing mengiktiraf hak nyawa dan kebebasan beragama komuninti Uighur.
“Mereka tidak mahu buka pintu pagar, mereka intai sahaja. Mereka kata ‘takkan kita 1 bilion (orang) nak terima (memorandum) daripada 3 orang?’” kata wakil gabungan, Pengerusi Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid ketika itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.