`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, November 19, 2019

Dewan Rakyat tegang, Rayer persoal bila pemimpin BN terlibat rasuah akan dipenjara

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat tegang seketika susulan perang mulut antara wakil pembangkang dan kerajaan berhubung isu hukuman penjara terhadap pemimpin kerajaan terdahulu yang terpalit dengan rasuah.
Kekecohan bermula apabila, RSN Rayer (PH-Jelutong) bangkitkan soalan tambahan kepada Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) bilakah kerajaan Pakatan Harapan akan menunaikan janji untuk mendakwa dan menyumbat pemimpin era BN ke penjara atas dakwaan rasuah.
“Memandangkan terdapat rungutan kerajaan PH tidak laksana janji, saya nak tanya bila kerajaan PH nak laksana janji untuk kita menuduh, menghukum semua pemimpin lalu, ini janji PH untuk hukum dan hantar ke penjara semua pemimpin lalu yang terlibat rasuah dan curi wang rakyat,” katanya di Dewan Rakyat.
Gesaan Rayer itu menimbulkan rasa tidak puas hati wakil rakyat pembangkang yang mendakwa Rayer mempunyai sangkaan jahat dan cuba menjadi hakim.
“Dia (Rayer) bersangka jahat, dia nak jadi hakim, ini laknat punya soalan bodoh, kau boleh hukum, kalau nak hukum, hukum semua, sebelum PRU kau maki Langkawi,” kata Shahidan Kassim (BN-Arau).
Rasa tidak puas hati juga disuarakan Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang menganggap pertanyaan Rayer tidak berkaitan dengan isu yang sedang dibangkitkan.
“Saya bangkitkan soal curi duit Tabung Haji,” kata Rayer.
Azeez kemudian bangkit meminta Rayer membuktikan dirinya terlibat mencuri duit Tabung Haji.
Hanipa kemudian bangkit menjelaskan, pertanyaan Rayer tidak mempunyai kaitan dengan topik yang dibincangkan dan berkata sebarang pendakwaan akan dibuat mengikut proses undang-undang.
“Soalan dari Jelutong itu tidak berkaitan sangat, saya nak cakap begini, sebenarnya kita dakwa kita ikut proses undang-undang,” kata Hanipa yang turut menjawab pertanyaan Latiff Ahmad (PPBM-Mersing) adakah kerajaan sedia mengkaji dan mewujudkan undang-undang pembiayaan politik bagi tujuan ketelusan serta mendokong Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP).
Timbalan Speaker, Rashid Hasnon kemudian mengarahkan semua wakil rakyat pembangkang dan kerajaan duduk dan meminta Hanipa meneruskan ucapan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.