`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 14, 2020

23 Jan keputusan gugur kelayakan pesuruhjaya kehakiman kes Petronas

Peguam Negeri Sarawak, Talat Mahmud berkata, Petronas mahu Christopher Chin digugurkan kelayakannya atas alasan beliau amat bergantung kepada nasihat perdana menteri kerana belum disahkan sebagai hakim Mahkamah Tinggi. (Gambar Facebook)
KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 Jan ini untuk membuat keputusan terhadap permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menggugurkan kelayakan seorang pesuruhjaya kehakiman daripada mendengar kesnya terhadap pengawal cukai jualan negeri (SST) dan kerajaan Sarawak.
Tarikh itu ditetapkan Pesuruhjaya Kehakiman Christopher Chin selepas mendengar hujah peguam daripada kedu-dua pihak di kamarnya hari ini.
Peguam Negeri Sarawak, Talat Mahmud ketika ditemui berkata, Petronas menerusi peguamnya Alvin Chung, memohon Chin digugurkan kelayakan atas alasan dengan menjadi pesuruhjaya kehakiman, Chin belum disahkan sebagai hakim Mahkamah Tinggi, yang bererti dia amat bergantung kepada nasihat perdana menteri.
“Hujah mereka (Petronas) adalah sekiranya dia (Chin) membuat keputusan berpihak kepada Petronas, kemudian dia mungkin mendapat pengesahannya, namun jika keputusan sebaliknya, dia mungkin tidak akan mendapat pengesahan itu,” katanya.
Pada 21 Nov lalu, pengawal SST Sarawak dan kerajaan negeri memfailkan writ saman serta tuntutan terhadap Petronas di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini bagi mendapatkan cukai jualan negeri yang belum dibayar syarikat minyak dan gas negara itu kepada Sarawak.
Petronas pula memohon semakan kehakiman, termasuk deklarasi seksyen tertentu dalam Ordinan Cukai Jualan Negeri Sarawak “ultra vires” kepada Perlembagaan Persekutuan serta ia terbatal dan tidak sah, perintah certiorari yang Notis Penilaian bertarikh 28 Ogos 2019, 7 Okt 2019 dan 13 Nov 2019 dikeluarkan responden pertama dibatalkan serta-merta.
Mahkamah Rayuan pada 7 Jan lalu menolak rayuan pengawal SST dan kerajaan negeri terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan memberi kebenaran bagi semakan kehakiman difailkan Petronas. - FMT

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.