`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, January 31, 2020

RCI Wang Kelian : Kabinet Nak 'Cover Up' Atau Tidak? Yang Mana Satu?





Kabinet akan putuskan laporan RCI kubur Wang Kelian didedahkan atau sebaliknya

laporan RCI telah siap Jun tahun lalu 
akan dibentang di Kabinet minggu depan
RCI telah dipersembahkan kepada Agong pada Sept lalu

Selepas persetujuan Kabinet barulah boleh putuskan sama ada dedahkan kpd awam

Pengerusi RCI Tun Arifin Zakaria 
mendengar keterangan 48 saksi bermula 14 April tahun lalu

Penemuan 139 mayat dibongkar media tempatan 
28 kem mangsa pemerdagangan orang dijumpai 
sempadan Thailand di Bukit Wang Burma di Wang Kelian
Lebih 100 rangka manusia ditemui 

My comments :

Laporan RCI siap bulan Jun 2019. 
Tetapi hanya akan dibentang dalam Kabinet minggu depan (Feb 2020).
Hampir LAPAN BULAN bagi laporan itu bergerak dari RCI ke Kabinet?

Rupanya antara RCI dan Kabinet mereka masih gunakan sistem komunikasi 'isikan surat dalam botol dan campak ke dalam laut'. Sangat slow.





Biarlah saya beri sedikit pendapat dan nasihat kepada Kabinet kerajaan PH.

PH sekarang sudah kalah LIMA PRK. 
Akhir sekali kalah di Kimanis. 
Sebelum itu kalah sangat teruk di Tg Piai.

Sangat-sangat jelas majoriti besar rakyat Malaysia sekarang sudah tidak percaya kerajaan PH.

Persepsi rakyat melihat Kabinet dan kerajaan sebagai penipu besar.

Dan pembelit nombor satu adalah  Tun U-Tun.

1. Setelah menang pilihanraya Manifesto PH pula dikatakan 'tidak boleh ditepati'. 
Maksudnya janji kosong.

Mereka telah janji hapuskan tol atau mengurangkan tol. 
Apa yang berlaku sebaliknya tol ditambahkan.
Daripada tempoh habis tol 18 tahun lagi, tempoh bayaran tol ditambah lagi 20 tahun sehingga 2058. Tempoh bayaran tol ditambah 111%, yang jauh melebihi diskaun 18% bagi kadar tol. 

Sepatutnya jika kadar tol dikurangkan 18%, maka secara lojiknya tempoh bayaran tol pun dipanjangkan 18% sahaja ia itu penambahan sebanyak 4 tahun sahaja. Baru balance. 

Tetapi sekarang rakyat terpaksa tanggung tol sehingga 2058 - selama 38 tahun lagi.

2. Kes semburit pula menjadi mercutanda bullshit Tun U-Tun. Sebelum Polis boleh umumkan apa pun, Tun U-Tun telah beri fatwa video semburit itu adalah palsu. 

Tiada siapa yakin dengan keputusan bahawa tiada kes untuk didakwa. 
Terang jadi nyata siapa sebenarnya pelakon dalam video itu.

Perjalanan undang-undang negara pun ditongsampahkan apabila tiada tindakan undang-undang diambil terhadap seorang lagi pelakon video yang telah membuat pengakuan bahawa dia adalah watak no. 2 dalam video itu. Smoking gun pun boleh di padam.

3. Kes malang pegawai Bomba (Inna lilaahi) -  

Koroner sudah cakap ahli pasukan Bomba yang malang itu kena langar lori Bomba. 

Polis pula sudah cakap lebih awal lagi 

  • tidak ada suspek pembunuhan
  • tidak ada saksi pembunuhan
  • tidak ada bukti pembunuhan
  • habuk pun tak ada.  
Hakim dunggu di Inkues pula suruh Polis pi cari pembunuh. 

Sampai hari ini Polis belum jumpa siapa pun suspek pembunuhan. 

Tunggu sampai Halley's Comet terbit balik pun (di langit malam pada jam 4 pagi, 4hb Julai 2061)  Polis masih tidak akan jumpa sebarang suspek pembunuhan.





Sebab ini bukan kes bunuh. 
Ini adalah kes kena langgar lori Bomba. 

Saya ulangi - koroner yang bedah siasat mangsa dan siasat tempat kejadian on the spot sahkan mangsa dilanggar lori Bomba. Bukan saya cakap ok.

Manusia yang waras tidak faham kenapa Kabinet dan Kerajaan tidak boleh bercakap benar pasal kes itu.

4
. Kes penculikan / kehilangan Amri Che Mat, Pastor Koh, Helmy, isterinya Ruth dan Saiful Bahari.  

Suhakam telah merumuskan bukti dan hujah asas bahawa Polis Special Branch terlibat dalam penculikan Amri dan empat orang yang lain itu. Menteri Kabinet telah berkata sebuah Task Force akan ditubuhkan untuk menggaru telor sambil memikirkan keputusan Suhakam itu. 

Sampai hari ini Task Force pun tidak kelihatan. 
Maka Task Force tidak berpeluang menggaru telor sewaktu bermesyuarat.

Jawapan yang lembap dan tiada tindakan yang diambil selama ini mengukuhkan persepsi umum bahawa Kabinet dan Kerajaan PH adalah penipu. Dan juga bodoh. Sebab kes Amri adalah peninggalan daripada zaman Suami Dayus. Kenapa pula nak cover up kerja syaitan orang lain?


5.  Kes suami Indira Ghandi yang tidak boleh dikesan sekian lama. 


Puan Indira Gandhi telah mengalami tekanan jiwa dan tersiksa atas kehilangan anaknya selama 10 tahun. Mahkamah pun putuskan bahawa Polis mesti usaha mencari anak Puan Indira yang dibawa lari oleh bekas suaminya. Akhir sekali Puan Indira terpaksa ambil tindakan saman Polis di mahkamah kerana masih gagal menjumpai anaknya. 

Yang terkini pula KPN umumkan bahawa Polis memang tahu lokasi anak Puan Indira serta bekas suaminya.  Tetapi Polis akan uruskan kes ini dengan cara tersendiri. 

Soalannya berapa lamakah Polis sudah tahu lokasi anak Puan Indira serta bekas suaminya? Seminggu? Sebulan? Setahun? 

Apakah tindakan Polis yang selanjutnya menepati perintah mahkamah itu?  
Yang perlu diambil kira di sini adalah Rule of Law. 

Jika Polis tahun 2020 boleh kesan anak Puan Indira serta suaminya sudah tentu Polis tahaun 2010 pun sudah boleh mengesani lokasi mereka. 

Rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan PH bukan saja sebab ketiadaan dasar yang baik dan kronisma yang masih tebal tetapi suasana "cowboy town" yang wujud sewaktu pentadbiran Suami Dayus masih berterusan dengan kerajaan PH. Sama sahaja. 

Negara kita perlu kembali berpegang teguh kepada Rule of Law tanpa ambil peduli jika yang terlibat itu islam, hindu, kristian, buddha, shiah, melayu, cina, india, iban atau siapa pun. Sebuah negara yang bertamaddun dan masyarakat yang beradab perlu kepada Rule Of Law. Keluhuran Perlembagaan yang maksudnya keluhuran undang-undang. Respect for the Rule of Law. Tanpa mengikuti undang-undang yang sah yang digubal secara demokratik, sebarang masyarakat akan merosot menjadi jahil dan bersifat haiwan. 


6. Terbaru ini ada pegawai Menteri Kabinet terlibat kes 'drug party' pula.

Polis ambil air kencing untuk sahkan kesan dadah. Tetapi tiada maklumat lanjutan berkenaan kes itu.  Apakah hasil ujian air kencing pegawai terlibat telah ditelan oleh alien dari planet Marikh?  What is the outcome?

Bagaimana pula kehadiran lelaki wanita bukan muhrim dalam satu bilik, berfoya-foya sampai pukul empat pagi,  dalam keadaan mabuk dadah?  Di manakah pegawai agama munafik yang dulu kejar anak muda sampai mati terjatuh daripada bangunan atau mengambil video wanita yang dipaksa kencing atas lori dsbnya? Ke mana pergi sahibus samaha munafik itu? Bukankah salah bagi pegawai Menteri berada dalam sebuah bilik bersama pasangan murahan, menghisap dadah, mengambil pil ecstasy dsbnya? Di manakah tindakan susulannya?

Apakah pegawai Menteri layak diberi layanan yang berbeza daripada pasangan muda yang naiki motor atau duduk bersama di panggung wayang?  Di mana Rule of Law? Ataupun adakah ini Rule of Haiwan? Law of the Jungle?

7. Kes 'mass grave' di Wang Kelian di Perlis.

Mass grave atau "kubur besar" lazimnya bermaksud ramai orang yang mati ditanam dalam satu kubur pada masa yang sama. 

Kemungkinannya besar mereka juga mati sekali serentak. Apakah kubur besar ini maksudnya mereka dibunuh secara beramai? Mass murder?

Soalan yang sangat mengganggu fikiran ialah apakah anggota pihak berkuasa terlibat?

Apakah anggota Imigresen, Polis PPH, askar tentera Malaysia, Polis lain atau mana-mana ahli pasukan penguatkuasa negeri, pentadbiran kerajaan negeri Perlis atau pengawal sempadan Malaysia terlibat dalam kematian dan pengebumian dalam kubur besar yang dijumpai di Wang Kelian?

Juga tempoh waktu bagi jenayah penyeludupan manusia (human trafficking) ini telah berlangsung?  

139 mayat dan 28 kem mangsa tidak boleh wujud dalam masa seminggu atau sebulan. Tentu sekali pembinaan 28 kem penyeludupan human trafficking ini telah wujud untuk bertahun lamanya.  

Mustahil bagi manusia yang waras nak percaya bahawa pihak berkuasa negeri dan Persekutuan langsung tidak tahu menahu berkenaan aktiviti haram ini.

Oleh itu sebarang keputusan untuk menutup laporan RCI ini akan sahkan kerajaan PH sebagai kerajaan penipu - tidak beza sedikitpun daripada waktu pentadbiran Suami Dayus dulu. 

It will just be another cover up.

Akhir kalam :  

Akhir kalamnya begini - apakah 'end game' atau outcome daripada segala jenis cover up ini? 

Kes ahli Bomba dilagakan sebagai Melayu lawan India.
Kes Amri Che Mat diadudombakan sebagai ahlus sunnah lawan shiah.
Kes Indira Gandi dimainkan sebagai Islam lawan bukan Islam.

Jadi apa end gamenya?

Untuk memancing undi Melayu?
Untuk menenangkan gerombolan samseng 'ketuanan Melayu'?
Untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara?

Tapi bila sampai Pilihanraya Kecil kalah teruk juga.

Kes Bomba mati ke, kes Amri Che Mat ke, kes Indira Gandi ke - semua calon PH kena sepak pungkok. 

Kalah teruk di Kimanis. 
Kalah massacre habis di Tg Piai.

Rakyat sudah meluat dengan U-Tun dan pasukan Kabinet dangkal.
Sedikit lama lagi rakyat akan meludah U-Tun dan Kabinet dangkal nya.
Just wait and see.

So masih nak cover up lagi ke?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.