`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Tuesday, January 21, 2020

MAHATHIR TO ‘ANOINT’ HADI AWANG AS 8TH PM – IN BID TO OUST ANWAR? ‘OLD SELFIE’ STIRS RIDICULE AT DESPERATE BID TO ‘THREATEN’ ANWAR SUPPORTERS INTO SILENCE – EVEN AS PUBLIC DEMAND FOR DR M’S RETIREMENT GROWS: GAMBAR SELFIE DAN SEBUAH MIMPI SEBELUM TIDUR

SEMALAM telah tersebar sekeping gambar di meja makan di sebuah rumah. Gambar itu biasa sahaja, selfie sedang makan yang sudah jadi kemestian orang zaman muasir ini.
Kemudahan dan kecanggihan smart phone (IT) diguna sepenuhnya untuk merakam apa-apa sahaja peristiwa, aksi, inilah trend zaman ini.
Tidak hairanlah kalau kemudahan dan kecanggihan itu ada orang menggunakannya untuk merakam gambar dia sedang berak atau pun sedang “bermain”, sekali pun.
Macam sebuah video samar yang tidak dapat mengecami pelakunya, dipercayai dirakam dengan smart phone.
Status gambar di meja makan semalam, juga adalah gambar selfie sedang makan. Cuma bezanya yang mengambil gambar itu bukan empat orang yang sedang berada di atas meja dan menghadap makanan. Gambar itu mungkin dirakam oleh orang ketiga.
Gambar itu menjadi sedikit penting kerana orang-orang yang berada di atas meja seperti dalam gambar itu, adalah Dr  Mahathir Mohamad, yang duduk dipojok utama, seakan “mempengerusikan” pertemuan makan itu, berada di sebelah kanannya, Abdul Hadi Awang, di sebelah kiri Abdul Hadi, Ahmad Samsuri  Mokhtar, sementara dari sebelah kanan Dr Mahathir isterinya Siti Hasmah Mohd Ali seorang lelaki di sebelah Siti Hasmah dipercayai pengawal atau “waze” kepada perjalanan Hadi dan Samsuri ke ke rumah Perdana Menteri.
Itulah individu-individu berada dalam gambar itu. Gambar itu simple sahaja, seperti ia berlaku di rumah Dr Mahathir (Pengerusi) dan Abdul Hadi dan Samsuri bertindak sebagai tetamu. Di atas meja kelihatan ada beberapa nasi lemak (bungkus) bersama kuih muih antaranya kuih seri kaya, seri muka, kuih bakar, pulut sambal. Terdapat juga satay dan nasi impit serta botol makanan ringan. Air dihidang adalah tea. Cara menu itu disediakan ia menggambarkan kelas tetamu itu, misalnya tidak ada kek dan buah-buahan.
Gambar ini santai dan selamba sahaja, persis gambar famili atau penyokong Dr Mahathir datang jauh dari Langkawi, apabila ia tidak sebagai sebuah gambar menunjukkan pertemuan atau makan atau minum selepas pertemuan penting dan khas. Ertinya pertemuan ini di tidak rasmi sebaliknya secara santai sahaja.
Nampaknya tuan rumah, Dr Mahathir merai seadanya sahaja, kedatangan Abdul Hadi dan Samsuri itu sebagai tetamunya. Cara sajian untuk makan ini seperti di sebelah pagi, sekitar jam 11: 27 am,  kerana dengan adanya nasi lemak. Jarang orang makan nasi lemak pada tengah hari atau senja.
Kenapa saya kata pertemuan itu selamba, sebab ikut ada sama adalah Siti Hasmah, dengan tanpa mengenakan apa-apa kain di atas kepala, menutup aurat. Ertinya Siti Hasmah tidak bersedia untuk melayan tetamunya sebagai tuan guru yang harus bersopan dengan menutup kepalanya. Siti Hasmah menerima tetamu itu sebagai biasa sahaja, tanpa penghormatan tinggi pun dan lebih daripada itu. Atau beliau sudah menganggap Abdul Hadi bukan lagi lelaki muhrim.
Jika Siti Hasmah menghormati Abdul Hadi sebagai tetamu penting, pasti dia akan mengenakan kain tudung kepala bukan kerana kewajiban menutupi aurat tetapi menghormati Abdul Hadi selaku presiden parti agama. Mengapa Siti Hasmah tidak berbuat begitu, erti tetamunya itu tidak penting, dan secara tidak langsung beliau tidak pun menghormati Abdul Hadi.
Justeru gambar itu, adalah gambar kunjungan Abdul Hadi untuk bertemu mata dengan Dr Mahathir sahaja sambil bercerita fasal musim tengkujuh di Pantai Timur, tidak lebih daripada itu . Mungkin juga kuih muih yang tersedia di atas meja itu dibawa tetamu itu yang dibeli di jalanan, atau pun ia diorder oleh pegawai Dr Mahathir yang turut ada dalam gambar itu.
Kesimpulannya gambar itu tidak membawa makna dan erti yang cuba ditafsirkan seperti apa yang berlaku, dengan memberi makna dan cuba menghuraikan signifikan gambar berkenaan. Berbagai tafsiran terhadap gambar itu diberi terjemah liar dan “seksi” kononnya mengenai kerjasama politik baru Dr Mahathir dengan pembangkang khususnya dengan Pas.
Kalau pertemuan atau kunjungan Abdul Hadi itu penting, tentu gambarnya tidak dipukul dimeja makan. Dan kalau pertemuan itu penting, ia bukan di meja makan di jerung dapur. Kalau kunjungan itu mustahak sudah tentu gambar sebagai kenangan diambil di lokasi lain, di sofa atau bilik khas atau mana-mana sudut mencerminkan signifikan pertemuan itu.
Jelas pertemuan itu bukan atas kapastiti perdana menteri merangkap pengerusi PBBM dengan presiden Pas bersama MB Terengganu.
Semisalnya kalau pertemuan itu bagi membincangkan masalah umat dan negara dan kemungkinan Abdul Hadi akan mengheret partinya untuk bergabung dengan Dr Mahathir atas nama pakatan baharu kerana tidak yakin lagi dengan Najib Razak, ia tidak bertemu di jerung dapur. Ia akan diadakan dalam bilik istimewa.
Untuk membawa atau mendengar pandangan besar Pas bukan disitu tempatnya. Jerung dapur biasanya tempat pertemuan dengan anak beranak atau tetamu cabuk dari kampung sahaja, yang mana tidak disediakan sofa dan permaidani kerana bimbang ia kotor kerana pakaian orang kampung pakaian lama yang ada hama dan bau hampak.
Bukan itu sahaja dengan adanya Siti Hasmah sekali, ia jelas pertemuan biasa kerana mustahil seorang isteri dibawa sama duduk dalam apa-apa perbincangan penting. Siti Hasmah bukan seperti Rosmah binti Mansor.
Justeru bagi saya gambar yang ditabur semalam tidak ada apa-apa natijah besar daripada itu melainkan ia dibuat oleh budak nakal yang diberi salinan foto berkenaan kemudian diberikan kepada portal berita yang sudah dimiliki oleh seorang taikun politik. Saya percaya pertemuan itu tidak membawa apa-apa natijah besar pun kerana ia ia dipublishkan. Gambar itu adalah gimik tahun Tikus.
Secara logik kalau pertemuan itu penting dan sulit membincangkan hal mustahak ia tidak akan disebarkan secara meluas, sebaliknya ia ditutup serapat mungkin. Sebenarnya masih banyak pertemuan-pertemuan sulit di kalangan tertentu tetapi tidak disebarkan tetapi ada dalam pengetahuan kita. Saya sendiri ada menyimpan gambar seorang ahli politik yang sedang minum yang ada sama Siti Hasmah. Gambar ini saya kira lebih rare daripada gambar di jerung dapur itu.
Apa dapat disimpulkan penyebabaran gambar itu dibuat dengan nakal bertujuan untuk menimbulkan keresahan di kalangan tertentu. Mungkin tujuan penyebaran gambaran itu bagi meragui hubungan Mahathir dengan Anwar, menimbulkan pertanyaan dalam kalangan DAP dan pihak lain. Ia jelasnya gambar selfie dimeja makan itu menyebabkan ia boleh menjungkilkan sedikit punggung Najib Razak, Zahid Hamidi.
Pada saya gambar itu adalah selfie biasa oleh individu yang menjadi perhatian umum yang mana suasananya adalah trend biasa. Tidak lebih dan tidak kurang daripada itu. Jika gambar itu kononnya untuk membincang bagi melantik Abdul Hadi sebagai Pemangku Perdana Menteri ia adalah sebuah mimpi sebelum tidur.
-http://msomelayu.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment