`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, January 22, 2020

Pengetua pertahan penekanan agama disebalik kritikan terhadap ritual ‘berlebihan’

PETALING JAYA: Pengetua sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Johor menolak aduan bahawa sekolahnya terlalu mementingkan amalan-amalan agama sehingga mengganggu pelajaran.
Beliau yang enggan dinamakan ketika dihubungi memberitahu segala ketetapan program yang dimasukkan dalam rutin harian murid sudah mendapat persetujuan ibu bapa.
Katanya, program itu sudah lama dilaksanakan dan pihak sekolah belum pernah menerima aduan mengenainya.
“Aduan mesti datang direct (terus) kepada saya. Mungkin aduan mereka itu menggambarkan situasi yang tidak benar,” katanya kepada FMT.
Semalam, FMT melaporkan sekumpulan ibu bapa dan ahli keluarga murid yang belajar di sekolah berasrama kerajaan bereputasi mempersoalkan apa yang dilihat seperti terlalu mementingkan amalan-amalan agama.
Mereka berkata aktiviti-aktiviti tersebut mengambil terlalu banyak masa dan tenaga pelajar, menyebabkan mereka menjadi letih dan lesu pada kelas biasa dan waktu ulangkaji.
Mereka berkata pelajar diminta menghadiri sesi wajib solat berjemaah, serta ritual tidak wajib lain, di mana antaranya mereka perlu bangun seawal 3 pagi.
Isu ini menyorot kritikan terhadap bau keagamaan dan pelambangannya di sekolah-sekolah kerajaan menyebabkan orang bukan Islam kurang berminat, di sebalik perdebatan terbuka yang berterusan mengenai polarisasi dalam sistem pendidikan.
Seorang ahli akademik menyeru tumpuan yang lebih kepada pengajian sains sosial dan kemanusiaan disamping sains dan matematik.
Sharifah Munirah Alatas yang mengajar di UKM berkata itu yang diperlukan oleh murid-murid untuk membentuk pandangan dunia Islam yang lengkap.
“Kehidupan cara Islam dan pandangan Islam (tasawwur Islam) tidak bermakna belajar menghafal dengan baik, bagaimana membaca Al-Quran, atau mempelajari cara menyebut ayat-ayat dalam bahasa Arab dengan betul.
“Cara hidup Islam adalah pendekatan holistik terhadap kehidupan. Ini bermakna belajar mata pelajaran lain yang akan menjadikan manusia yang lengkap. Manusia yang lengkap ini mesti tahu bagaimana untuk bertindak balas terhadap komplikasi dalam masyarakat,” katanya kepada FMT.
Sharifah tidak menentang pengajaran agama di sekolah, menjelaskan ia jadi masalah apabila menjadi berlebihan sehingga pembelajaran mata pelajaran lain diabaikan.
Beliau bertegas pemupukan nilai-nilai Islam dalam diri anak-anak sepatutnya dipimpin oleh ibu bapa, dan bukannya guru.
Dalam pada itu, Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim menggesa Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Hasnita Hashim untuk membasmi pengaruh agama di MRSM dengan segera.
Beliau berkata sekolah harus terus tumpu kepada sains, inovasi dan penyelesaian masalah, sambil menambah ibu bapa akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama jika mereka mahu anak-anak mendapat pendidikan agama.
“Masalahnya apabila ia dimasukkan (ke dalam pendidikan), sukar untuk dikeluarkan. Masalah lagi, apabila seseorang membantah, dia dilihat sebagai anti-Islam, walaupun orang itu betul, ” katanya kepada FMT. - FMT

1 comment:

  1. Hello viewers around the Globe, I was despondent because i had a very small penis, about 2.5 inches soft and 4 inches hard not nice enough to satisfy a woman, i have been in so many relationship, but cut off because of my situation, i have used so many product which doctors for me, but none could offer me the help i searched for. i saw some few comments on the INTERNET about this specialist called Dr,OLU and decided to contact him on his email: Drolusolutinthome@gmail.com) so I decided to give his herbal product a try. i emailed him and he got back to me, he gave me some comforting words with his herbal pills for Penis Enlargement, Within 3 week of it, i began to feel the enlargement was surprised when she said that she is satisfied with my sex and i have got a large penis. Am so happy, thanks to Dr OLU I also learn that Dr OLU also help with Breast Enlargement Hips and Bums Enlargement etc.. If you are in any situation with a little Penis, weak ejaculation, small breast_hips_bums do get to Dr OLU now for help on his email (Drolusolutionhome@gmail.com) or add him on whatsapp line +2348140654426 















    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.