`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, February 2, 2020

Jurutera Kapalterbang Sekarang Terpaksa Cuci Kereta Untuk Cari Hidup





Link :  https://youtu.be/C77swBK1Bro

My comments :

Tuan-tuan saudara Melayu dengar baik-baik ya. Pertama sekali orang muda ini yang hilang pekerjaan jurutera dengan MAS harus dipuji kerana mempunyai semangat berjuang dan keusahawanan untuk majukan diri. Dia sanggup menjadi usahawan mencuci kereta.

Tetapi sekali lagi nasib orang muda ini mencerminkan kegagalan pemimpin kita mengurus ekonomi negara.  Seperti juga cerita bandaraya Shah Alam mengalami kemorosotan dalam peluang bisnes, perniagaan, sewa bangunan dan peluang pekerjaan bagi penduduknya, kisah sedih orang muda ini pun adalah akibat daripada dasar kerajaan dahulu dan sekarang yang tidak dapat sustain pembangunan ekonomi bagi semua penduduk Malaysia terutama sekali bagi orang Melayu.

Kita harus faham dan mempelajari beberapa perkara daripada kes jurutera muda yang hilang pekerjaannya.

1. Pertama sekali ekonomi kita (pembayar cukai dan system pendidikan) tanggung rugi membelanjakan banyak duit (mungkin RM100,000 atau lebih) untuk melatihkan jurutera muda ini menjadi seorang aircraft engineer.  Maksudnya tempoh pengajian tiga atau empat tahun di university atau pusat latihan, dengan dilengkapi woksyop dan makmal penuh dengan jet enjin, alat, jentera, computer dsbnya untuk mengeluarkan seorang sahaja jurutera kapalterbang (aircraft engineer). 

Kos untuk melatih jurutera muda itu adalah pelaburan oleh kita semua (pembayar cukai dan system Pendidikan negara) untuk masa depan negara. Pelaburan itu sekarang agak 'terbazir' juga sebab orang muda ini sudah hilang tempatnya dalam industry kejuruteraan pesawat. 

Sebaliknya dia bekerja dalam industry cuci kereta yang tidak memerlukan kos latihan apa pun dan tidak memerlukan tahap pendidikan yang tinggi. 

2.  Jurutera muda ini sekarang bersaing dan menyempitkan peluang bagi orang muda yang lain yang berada pada tahap rendah pencapaian Pendidikan.  Kerja cuci kereta ini patut diceburi anak muda lepasan SPM atau yang gagal habiskan pelajaran sekolah rendah atau menengah.  

Sekarang anak muda lepasan SPM atau gagal SPM pula akan menghadapi tekanan untuk mencari kerja diperingkat bawahan sebab jurutera berijazah pula bersaing untuk periuk nasi mereka. 

Keadaan sedih ini mencerminkan kegagalan kerajaan (semua kerajaan - BN dan PH) untuk membentuk dasar yang boleh membangunkan keseluruhan ekonomi negara dan majukan semua rakyat negara. 

Dalam keadaan sedih ini kita perlu  menuding jari untuk kenal pasti siapakah yang telah gagal untuk memajukan dan jayakan semua penduduk negara kita? Dan culprit atau pesalahnya adalah kerajaan dan pimpinan kerajaan. Kerajaan kita, termasuk Tun Dr Mahathir telah gagl membentuk dasar yang boleh majukan penduduk negara, terutama sekali untuk majukan orang Melayu. 

Akhir sekali saya khuatiri juga peluang kerjaya cuci kereta ini sebab bidang ini banyak diceburi pekerja dari India dan Bangladesh dengan begitu  efisien, laju dan harga yang sangat murah.

Kereta saya yang disimbah lumpur, dengan sisa kertas tisu dan sisa makanan boleh dicuci, divacuum dan dikilatkan dalam sekejap masa saja untuk upah RM10 sahaja. 

Cuci kereta ini adalah bidang ekonomi 'low entry barrier'. Maksudnya bidang ini tidak perlukan sebarang kemahiran  atau pelaburan wang yang tinggi. Siapa pun boleh memasukinya atu enter. 

Asalkan seorang itu mempunyai dua tangan, mesin vacuum, sebuah baldi, sabun pencuci dan sedikit air maka ia boleh menceburi bidang cuci kereta.

Begitu juga bidang dobi layan diri, menjual nasi lemak, menjual lemang, menjual burger dan tom yam. Semua ini adalah bidang ekonomi 'low barriers to entry'. 

Ekonomi negara (ia itu Tuan-Tuan pembayar cukai juga) tidak perlu membelanjakan RM100,000 atau lebih untuk melatih seorang jurutera pesawat di university hanya untuk melihat dia menjadi tukang cuci kereta. 

Itu adalah suatu pembaziran wang dan pembaziran peluang pendidikan yang sangat besar.

Kesilapan di sini terletak kepada kerajaan dan pemimpin politik yang tidak tahu gubal dasar yang berguna. Termasuk Tun Dr Mahathir.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.