`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, May 7, 2020

Kementerian belum sedia benarkan kedai gunting rambut beroperasi

Kementerian Kesihatan sedang memantau dengan teliti sebelum membenarkan kedai gunting rambut beroperasi.
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan belum sedia membenarkan kedai gunting rambut beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Ini kerana ada laporan di Jepun dan Amerika Syarikat berkaitan jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerja dan pelanggan kedai gunting rambut, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
“Kita sedang memantau dengan teliti sebelum benarkan, mungkin secara berperingkat,” katanya pada sidang media hari ini.
Beliau menambah kementerian akan memantau dan memberi nasihat sebelum membenarkan lebih banyak lagi sektor ekonomi beroperasi.
Pada 1 Mei lalu, Muhyiddin dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja, berkata sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi pada 4 Mei lalu tertakluk kepada syarat dan prosedur operasi standard (SOP). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.