`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, May 7, 2020

Polis: Individu gagal patuh jadual perjalanan rentas negeri akan diarah patah baik

Sebanyak 143,516 permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia diluluskan oleh polis bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan rentas negeri sehingga semalam.
KUALA LUMPUR: Orang ramai yang gagal mematuhi jadual pergerakan rentas negeri yang ditetapkan akan diarah berpatah balik.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata, tindakan sama akan diambil ke atas mereka yang ingkar serta mengambil kesempatan atas pergerakan rentas negeri bermula hari ini.
“Mereka yang ingkar untuk merentasi sempadan negeri dan tidak mengikut jadual yang ditetapkan, akan diarahkan berpatah balik.
“Bagi mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 5) 2020 dan berdepan denda RM1,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah,” katanya dalam program bual bicara yang dikendalikan akhbar Sinar Harian hari ini.
Polis sebelum ini mengeluarkan jadual pergerakan rentas negeri selama 4 hari bermula hari ini bagi membolehkan orang ramai yang terkandas disebabkan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pulang ke kediaman masing-masing.
Bermula dengan Kuala Lumpur hari ini, ia diikuti pergerakan pulang dari Perak, Johor dan Kelantan esok, manakala Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang (Sabtu) dan Selangor, Negeri Sembilan, dan Terengganu (Ahad).
Sehingga semalam, sebanyak 143,516 permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia diluluskan oleh polis bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan rentas negeri.
Huzir berkata, bagi memastikan pergerakan rentas negeri berjalan lancar dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), sebanyak 98 sekatan jalan raya diwujudkan seluruh negara dan akan ditambah jika perlu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.