PETALING JAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengeluarkan 2 senarai berita palsu yang tersebar di media sosial ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerajaan menafikan ia memberi kebenaran operasi kepada agensi nombor ramalan (NFO).
“Kerajaan menafikan kelulusan diberi kepada NFO iaitu Magnum 4D Berhad, Sport Toto Malaysia Bhd dan Pan Malaysia Pools Sdn Bhd (Damacai) untuk beroperasi pada 6 Mei seperti tular di media sosial.
“Semua NFO diarahkan tutup operasi sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak,” katanya.
Sementara itu, polis menafikan visual di media sosial memaparkan orang ramai menyerbu pusat belian borong di Jalan Pudu sehingga melanggar PKPB.
“PDRM menjelaskan kesesakan tersebut terjadu kerana para pekerja sampai serentak dan terpaksa masuk melalui satu laluan sahaja untuk membuka semula premis perniagaan mereka,” katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.