خير الدين دعوا انور سداڠ چاري جالن كرجاسام دڠن ڤريكتن ناسيونل تنڤا ڤڠتاهوان محضير
Tun Dr Mahahir Mohamad harus menjauhkan diri daripada presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan harus mempertimbangkan untuk mengujudkan kerajaan perpaduan dengan Perikatan Nasional.
Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hasan, yang berkata Anwar tidak ikhlas terhadap Mahathir malah menghina Mahathir apabila mengumumkan dirinya sebagai ketua pembangkang.
Khairuddin mendakwa Anwar Ibrahim sendiri sedang berusaha untuk mencari formula menjalinkan kerjasama dengan PN secara senyap, walaupun perkara ini disifatkannya sebagai “mustahil untuk berlaku.”
“Jangan terkejut dalam ‘usul undi tidak percaya’ pada perdana menteri pada sesi parlimen nanti kemungkinannya Anwar Ibrahim tidak akan sokong Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.
PETALING JAYA: Tun Dr Mahahir Mohamad harus menjauhkan diri daripada presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan harus mempertimbangkan untuk mengujudkan kerajaan perpaduan dengan Perikatan Nasional.
Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hasan, yang berkata Anwar tidak ikhlas terhadap Mahathir malah menghina Mahathir apabila mengumumkan dirinya sebagai ketua pembangkang.
Khairuddin mendakwa Anwar Ibrahim sendiri sedang berusaha untuk mencari formula menjalinkan kerjasama dengan PN secara senyap, walaupun perkara ini disifatkannya sebagai “mustahil untuk berlaku.”
“Anwar sedar bahawa masa depan politiknya sedang menemui jalan buntu. Dia adalah seorang politikus yang amat licik dan rakus kuasa.
“Demi untuk mendapatkan kuasa, Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa saja. Usah kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Pakatan Harapan sekalipun dia sanggup khianati.
“Jangan terkejut dalam ‘usul undi tidak percaya’ pada perdana menteri pada sesi parlimen nanti kemungkinannya Anwar Ibrahim tidak akan sokong Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.
Khairuddin menambah, Anwar mungkin akan pilih ‘jalan berkecuali’ dalam isu undi tidak percaya kerana takut Pilihan Raya Umum ke-15, jika diadakan dalam masa terdekat, mungkin menjadi penghujung jalan kepada karier politiknya.
“Anwar takut untuk melawan arus kini kerana beliau sedar musuh-musuh politik tegarnya sedang memegang tampuk kuasa.
“Tun Dr Mahathir Mohamad jangan biarkan Anwar Ibrahim menipunya lagi. Jangan sama sekali percaya pada politik licik Anwar Ibrahim serta sekutunya,”
Khairuddin kemudian mengulangi pendiriannya berhubung perlunya Mahathir menilai kerjasama dengan PN memandangkan UMNO tidak menganggotai gabungan berkenaan secara en bloc.
“Isu PN terima umno secara ‘en bloc’ tidak ujud lagi, sebab UMNO sendiri mengesahkan bahawa kerjasama mereka dengan PN atas dasar individu, bukan parti.
“Demi kearah kita menamatkan kemelut politik negara dan untuk bina Malaysia Baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad harus mempertimbangkan secara serius bagi bekerjasama dengan PN.
“Selagi Anwar Ibrahim mengumumkan beliau memimpin PH selagi itulah Tun Dr Mahathir Mohamad jangan buang masa lagi.
“PH tidak boleh kemana lagi kerana majoriti daripada rakyat Malaysia tidak mempercayai Anwar ibrahim seperti dahulu.
“Sesungguhnya, tokoh-tokoh pemimpin PN amat menghormati Tun Dr Mahathir Mohamad daripada Anwar Ibrahim yang tidak pernah ikhlas dengan beliau.
“Selaku tokoh negarawan terulung, Tun Dr Mahathir Mohamad harus dinobatkan di tempat yang mulia sebagai mengakhiri kareer politik secara terhormat.
“Satu rundingan meja bulat mesti dianjurkan buat kali terakhir bagi mencari formula Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan kerajaan perpaduan dengan PN.
Berbekalkan nawaitu yang ikhlas, saya amat yakin rundingan meja bulat ini akan berjaya, Insya-Allah… ameen.”
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.