`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, May 20, 2020

Pecatlah menteri-menteri tidak berkebolehan

Kerajaan tidak mempunya masa untuk bordolak-dalih dan untuk membuat kesilapan, ujar Rafik Bar.
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kes U-turn dengan moratorium bagi pinjaman bank berkenaan higher purchase dan pembiayaan Islam.
Kita melihat bank-bank yang telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan melupuskan faedah sepanjang tempoh enam bulan penangguhan bayaran ansuran, dan antaranya adalah bank-bank yang besar. Ingat, ada di antara bank-bank in yang meraih keuntungan berbilion ringgit tahun lalu.
Ramai rakyat membanting tulang bekerja untuk menyelesaikan pinjaman bank, namun pada keadaan genting seperti ini pihak bank ingin bertindak kejam dan tidak menunjukkan sebarang ihsan kepada rakyat. Mungkin keuntungan bagi pihak bank jauh lebih penting dari hal ehwal rakyat? Namun pihak bank juga harus sedar, tanpa kita rakyat membayar setiap bulan kepada mereka, tidak akan ada apa-apa keuntungan.
Pada 2 Mei Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz telah menasihati bank-bank supaya melupuskan sebarang faedah tambahan sepanjang tempoh enam bulan penangguhan ansuran ini.
Oleh kerana desakan keras daripada rakyat, akhirnya pada 6 Mei bank-bank terpaksa akur dan bersetuju untuk tidah mengenakan faedah pinjaman tambahan untuk tempoh penangguhan enam bulan ini.
Kemuedian kita dikejutkan dengan kes syarikat didakwa mendapat kontrak kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM30 juta.
Di saat rakyat sedang bergelut dengan masalah kewangan untuk menyediakan makanan untuk keluarga, membayar pinjaman bank dan mencari pekerjaan, kes seperti ini menujukkan sebenarnya di mana fokus kerajaan dan ia bukanya untuk membantu rakyat.
Jika RM30 juta itu digunakan untuk membantu keluarga yang susah atau terkesan sebanyak 150,000 keluarga boleh menerima bantuan sebanyak RM200. Sebaliknya duit itu dibazirkan untuk membantu golongan tertentu untuk mendapat kontrak dan keuntungan.
Jika kerajaan masih tidak percaya bahawa rakyat sedang hidup dalam kesimpitan, lihatlah pada hari pertama perintah kawalan pergerakan bersyarat, terdapat ramai yang beratur di kedai pajak gadai. Bayangkan bertapa terdesaknya rakyat hingga terpaksa menggadaikan barang untuk mendapat wang.
Kerajaan tidak mempunya masa untuk bordolak-dalih dan untuk membuat kesilapan kerana kita harus bersiap sedia untuk membangunkan semula ekonomi negara. Pecatlah menteri-menteri yang tidak cekap dan yang tidak mampu melaksanakan rancangan yang baik.
Buktikanlah kepada rakyat kerajaan ini benar-benar ingin membantu rakyat dan bukan hanya cakap kosong.

Rafik Bar sering mengikuti perkembangan nasional melalui laman web Aliran

2 comments:

  1. Bodoh punya Rafik Bar.
    Ada ke Menteri2 PN bongok macam Menteri PH ug suka2 buat kenyataan lepas tu U turn.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.