`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 3, 2020

Penumpang tren Rapid KL perlu jalani saringan suhu badan bermula esok

Penumpang tren Rapid KL juga dikehendaki mengamalkan penjarakan sosial semasa berada di platform dan tren dan tidak duduk di kerusi yang dilekatkan dengan notis dan bertanda ‘X’.
KUALA LUMPUR: Semua pengguna tren Rapid KL yang menggunakan perkhidmatan itu bermula esok diwajibkan mengikuti beberapa langkah kawalan pergerakan penumpang yang ditetapkan bagi memastikan penjarakan sosial dan kesesakan dapat dielak semasa berada di platform dan tren.
Menerusi notis yang disiarkan di media sosial Rapid KL, hanya sebilangan penumpang yang dibenarkan masuk dan bergerak serta penumpang dijangka mengalami masa menunggu dan perjalanan lebih lama daripada biasa.
“Pemeriksaan suhu badan akan dijalankan sebelum penumpang dibenarkan masuk ke dalam stesen dan penumpang yang mempunyai suhu badan yang tinggi perlu mengelak daripada menggunakan pengangkutan awam.
“Pegawai stesen juga akan mengawal pergerakan penumpang sebelum atau selepas pintu automatik. Penumpang juga dinasihatkan sentiasa memakai penutup hidung dan mulut dan menggunakan cecair pembasmi kuman,” menurut notis itu.
Penumpang turut dinasihat mengamalkan penjarakan sosial semasa berada di platform dan tren dengan berdiri di tempat yang ditanda garisan merah dan tidak duduk di kerusi yang dilekatkan dengan notis dan bertanda “X”.
Sementara itu, jurucakap Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ketika dihubungi memaklumkan peraturan dikeluarkan oleh Rapid KL itu adalah berdasarkan garis panduan Kementerian Pengangkutan.
Kerajaan hari ini memaklumkan hanya separuh penumpang daripada kapasiti sebenar dalam pengangkutan awam dibenarkan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi orang ramai.- FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.