(Astro Awani) – Di sebalik kemelut dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), persoalan siapa calon perdana menteri di dalam Pakatan Harapan (PH) terus menjadi tanda tanya.
Ketika ditanya kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media di Ibu Pejabat BERSATU di sini hari ini, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
“(Wartawan) Tun, siapa calon perdana menteri dalam Pakatan Harapan?: Pasal itu saya tidak tahu,” jawabnya ringkas.
Sebelum ini Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR masih belum membuat keputusan siapakah yang akan dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya PH menawan semula Putrajaya.
Anwar berkata, mesyuarat bersama 39 Ahli Parlimen parti itu secara dalam talian pada Khamis, langsung tidak menyentuh isu berkenaan.
Walau siapa pun PM pilihan PH sudah pastinya ia bukan kamu wahai mamakthir. Perosak negara.
ReplyDelete