`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, May 20, 2020

Soalan Untuk Ustaz Muda Ahmad Iqram Mohd Noor Berkenaan Mitos Orang Lain

Yang berikut ini adalah petikan  ceramah oleh seorang anak muda bernama Ustaz Ahmad Iqram Mohd Noor.  Dalam ceramahnya, Ustaz Ahmad Iqram menceritakan berkenaan kepercayaan "khurafat dan syirik" burung petalawati yang popular di kalangan orang Kelantan tidak lama dulu. 

Sila dengar rakaman video yang singkat ini (4 minit sahaja)  :






My comments : 

Dalam posting sebelum ini saya telah menceritakan berkenaan pengaruh Empayar Tamil Chola  yang selama 1,600 tahun (300BC - 1300 AD) mereka  telah memerintah satu kawasan yang luas dari India Timur ke Benggala, Myanmar, Thailand, Kemboja, Vietnam, semenanjung Melayu dan kepulauan Indonesia. Tempoh pemerintahan Empayar Tamil Chola selama 1,600 tahun tanpa putus itu melebihi sejarah Empayar Rom yang telah wujud kurang daripada 1,300 tahun. 

Pengaruh dan kesan daripada pemerintahan Tamil Chola selama 1,600 tahun itu masih boleh dilihat dalam bahasa, adat, budaya dan kepercayaan agama di seluruh kawasan Asia Tenggara dari Vietnam, Thailand, semenanjung Tanah Melayu hingga ke seluruh kepulauan Indonesia. 



Sculpture gergasi mitos Ramayana di lapangan terbang Suvarnabhumi, Bangkok


Dan jelas sekali adat diraja Melayu - termasuk apa yang di ceritakan oleh Ustaz Iqram dalam video ini - dan juga terlalu banyak perkataan Bahasa Melayu yang dipinjam dari Bahasa Tamil menjadi bukti akan pengaruh Empayar Tamil Chola selama 1,600 tahun itu.  

Berhubung dengan mitos burung petalawati yang diambil daripada mitos burung garuda dan jentayu agama Hindu sila lihat gambar berikut yang menunjukkan satu lagi haiwan ajaib daripada mitos Hindu. Ini adalah Khamadenu (Khamdenu) ia itu lembu atau sapi berwajah manusia yang bersayap dan boleh terbang di angkasa.

Jelas sekali bahawa Khamadenu yang mempunyai ciri-ciri tubuhnya gabungan daripada lembu, manusia dan burung adalah daripada alam mitos. Agama Hindu dengan segala mitosnya berusia 4,000 tahun atau lebih dan saling mempengaruhi agama dan budaya lain. 

Di bawah ini pula adalah gambar lukisan Pegasus daripada mitos Greek (Yunani). Pegasus adalah kuda ajaib yang bersayap seperti burung dan  boleh terbang jauh. Bellerophon seorang hero dalam mitos Yunani dikatakan telah menunggang Pegasus sewaktu berperang mengalahkan gergasi dan makhluk jahat.




Jadi memang jelas bahawa dalam agama lain terdapat binatang atau haiwan ajaib yang Ustaz Iqram setuju adalah mitos. 

Soalannya (terutama sekali daripada orang Hindu atau orang Yunani purba) ialah bagaimana pula dengan kepercayaan kepada haiwan atau binatang ajaib agama lain yang berkaki empat seperti kuda atau lembu dan boleh berterbangan? 

Contohnya haiwan bu-raq yang diceritakan oleh orang Arab itu. Bu-raq dipercayai mempunyai empat kaki juga, dengan ekor dan badannya berbentuk serupa kuda atau begitu. 

Contohnya di bawah ini adalah gambaran bu-raq berwajah wanita yang dilukis oleh orang Islam Parsi (gambar diambil dari Internet).




Sepertimana di sebut oleh Ustaz Ahmad Iqram jelas sekali bahawa Garuda, Jentayu, burung Petalawati, Khamadenu dan Pegasus itu semuanya adalah mitos.  

1 comment:

  1. Kepercayaan engkau.....orang tak larang. So jangan engkau sebok dgn keperyaan orang lain....
    Mitos tak mitos you tak bolh buktikan...you bukan tuhan kan. baik engkau dgn ustad muda tu propogasi agama masing masing.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.