`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, May 20, 2020

Tak Payah Cakap Banyak, Kerajaan Mahathir Sudah Gagal

Najib Razak
Secara jujur, saya tak gemar usik hal orang lain – terutamanya orang yang pernah ada jasa pada saya dan lebih tua berbanding saya.
Setiap pemimpin negara juga pernah ada jasa pada negara.
Akan tetapi, kini dunia dan Malaysia menghadapi krisis yang paling teruk sejak 100 tahun dahulu.
Ramai yang sudah hilang kerja dan ramai akan hilang kerja.
Satu-persatu industri utama kita lumpuh.
Ramai juga yang telah sakit dan nyawa kita diancam.
Namun, ada pihak yang masih menjadikan rebutan kuasa sebagai keutamaan mereka.
Mahu heret seluruh negara dalam permainan mereka pada masa Covid ini.
Walaupun YDP Agong sudah tegur dalam sidang parlimen semalam, mereka tetap tak hirau.
Terus membuat sidang media bersama Guan Eng dan Mat Sabu lagi sebaik sahaja parlimen selesai dan sebaik sahaja YDP Agong memberi amaran.
(Kali ini, Anwar dan PKR lebih bijak kerana mereka tak mahu join sidang media tersebut)
Siap gunakan nama saya kenapa dia mahu buat usul tidak percaya.
Fitnah-fitnah terhadap saya pun tak pernah berhenti.
Dia yang sendiri letak jawatan. Dia juga yang mahu rebut semula jawatan yang dia sendiri letak jawapan pada masa Covid mula mengancam.
Kerajaan dia yang gagal mengawal Covid.
Yang lawan amaran WHO.
Gagal haramkan perhimpunan besar siap naik belon.
Gagal halang pelancong asing.
Gagal naikkan kapasiti saringan Covid.
Sebab itu, Rakyat terpaksa berkurung dua bulan. Jutaan yang hilang mata pendapatan.
Apabila keadaan wabak reda sedikit atas pengorbanan satu Malaysia, mereka muncul kembali untuk rebut kuasa.
Kalau dah dua kali jadi PM, kalau dah begitu gagal dalam masa 22 bulan yang lalu, kenapa masih mahu ganggu dan ancam kestabilan kerajaan dengan permainan politik pada masa kita perlu lawan impak ekonomi sedunia akibat krisis Covid?
Saya ada banyak lagi cerita-cerita jika mahu dibongkarkan.
Cerita syarikat kapal terbang, cerita KLCC, cerita Pantai Hospital dan konsesi kerajaan, cerita seseorang hancurkan seluruh industri utama negara, cerita orang hadiahkan berpuluh buah kereta kepada mereka, cerita pemilik syarikat kapal terbang, cerita asal-usul PLUS, cerita curi saham-saham bumiputra, cerita arahan runding terus untuk jayakan IPO sesebuah syarikat, cerita 480 syarikat milik keluarga sesuatu dan lain-lain lagi.
Cerita kucing bernilai ratusan ribu Ringgit pun ada.
Tapi saya rasa sudah cukup buat masa ini.
Kerajaan hari ini dan Rakyat perlu tumpukan seluruh tenaga kita untuk menghadapi krisis pandemic yang satu dunia sedang menghadapi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.