`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, May 16, 2020

THE CALCULATIONS ARE OUT – THE ODDS FAVOR MUHYIDDIN RETURNING TO UMNO, LEAVING BERSATU TO AZMIN CARTEL & MAHATHIR FACTION: MUHYIDDIN SEBAIKNYA TINGGALKAN BERSATU DAN KEMBALI SEMULA KEPADA UMNO

Meneliti dua pendedahan rakaman audio setakat ini yang melibatkan usaha membawa Bersatu keluar meninggalkan PH, jelas bahawa Muhyiddin Yassin tidak bercakap benar, melakukan pembohongan dan bersikap curang demi kepentingan peribadinya.
Hakikatnya adalah jelas bahawa Bersatu tidak pernah dipersetujui oleh Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi parti untuk keluar daripada PH.
Walaupun melalui percaturan dan pembohongannya itu Muhyiddin berjaya menjadi Perdana Menteri, tetapi realitinya kedudukan Bersatu semakin tidak menentu dalam gabungan PN yang menjadi kerajaan sekarang ini.
Sementara UMNO dan Pas kian menekan Muhyiddin untuk mendapat habuan dan kedudukan bagi menguatkan kedudukan mereka menghadapi PRU15 akan datang, Bersatu sebaliknya semakin dipinggirkan.
Setelah Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan sebelum ini mengatakan UMNO hanya ingin bekerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional dalam PRU15 akan datang, Setiausaha Agung BN, Annuar Musa pula berkata, pendaftaran PN tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa buat masa sekarang kerana tarikh pilihanraya masih lama lagi.
Ehhh…apakah masih lama lagi tarikh PRU15, sedangkan ia hanya tidak sampai tiga tahun daripada sekarang?
Kalau benar parti-parti yang bersama kerajaan mahu terus mengekalkan PN, kenapa mesti berlengah lagi untuk mendaftarkannya sebagai sebuah gabungan yang sah?
Tidak mahu mendaftarkannya secara tergesa-gesa atau UMNO sebenarnya tiada niat untuk bersama PN bagi tempoh yang lebih lama?
Selain UMNO dan Pas menampakkan komitednya hanya bersama MN, bukan PN, terdapat juga laporan bahawa arahan sudah diberi kepada pimpinan UMNO bahagian-bahagian di seluruh negara agar mereka hanya mengukuhkan hubungan dengan Pas saja bagi menghadapi pilihanraya akan datang.
Ini dengan lain kata bermaksud Bersatu perlu ditinggalkan begitu saja.
Blog ini sebelum ini pernah menyarankan agar, demi kelangsungan masa depan Bersatu, adalah penting kumpulan Tun Mahathir diberi kemenangan dalam pemilihan parti itu yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Ia berikutan Tun Mahathir sudah menang tanpa bertanding sebagai Pengerusi Bersatu, maka memilih Muhyiddin sebagai Presiden hanya akan menjadikan parti itu menjadi parti dua nakhoda untuk tempoh tiga tahun akan datang lagi.
Dengan kedudukan sebagai parti dua nakhoda itu dan krisis dalaman yang berterusan kemudiannya, Bersatu akhirnya lebih mungkin dilenyek-lenyek oleh UMNO serta Pas dan Muhyiddin hanya dijadikan alat bagi kepentingan kedua-dua parti itu saja.
Sebaliknya, jika Bersatu dikuasai oleh kumpulan Tun Mahathir, ia boleh menentukan masa depannya dengan lebih baik melalui hubungan kerjasama semula bersama PH.
Tetapi, dengan perkembangan terbaru berhubung rakaman audio mesyuarat Bersatu yang dibocorkan, Muhyiddin bukan saja tidak layak lagi memimpin Bersatu, bahkan sebaiknya meninggalkan parti itu secara terhormat.
Muhyiddin pasti akan dipandang lebih buruk jika semakin banyak lagi pendedahan rakaman audio didedahkan kepada umum.
Bersama rakaman audlo itu dan pendedahan mengenai tingkah laku buruk dan talam dua muka Muhyiddin terhadap PH sebagaimana didedahkan oleh Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dalam tulisannya, Presiden Bersatu itu yang merupakan anak ulama dan pandai membaca doa, sudah hampir tiada harga lagi dalam erti kata menjunjung perjuangan dan menghargai persahabatan terhadap mereka yang pernah bersamanya ketika kesusahan.
Lebih daripada itu, sejak menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin juga bukannya memberi untung kepada Bersatu lantaran sanggup menggadaikan beberapa negeri yang dikuasai parti itu kepada UMNO.
Oleh itu, meninggalkan Bersatu adalah pilihan terbaik bagi Muhyiddin dan beliau bolehlah mulai menebas lalang-lalang bagi mencari jalan pulang semula ke pangkuan UMNO.
Lagi pun, bukankah Muhyiddin sendiri pernah mengatakan beliau adalah “totok UMNO?” 
-https://shahbudindotcom.net/

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.