`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, November 16, 2020

56 rumah rosak dibadai ribut di Seremban

 

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan APM membantu mengalihkan beberapa batang pokok tumbang di kawasan berkenaan. (Gambar APM)

SEREMBAN: Sebanyak 56 rumah melibatkan Kampung Batu 3, Kampung Anak Air Garam, Kampung Kayu Ara dan Taman Bukit Belida, Mambau, mengalami kerosakan akibat ribut dan hujan lebat petang semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Fazlisyah Muslim berkata, kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang dan kebanyakan rumah terbabit mengalami kerosakan pada bahagian bumbung.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan APM turut membantu mengalihkan beberapa batang pokok tumbang di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Katanya, penilaian kerosakan sedang dilakukan oleh pihak berwajib dan kerja pembaikan dijangka dilaksanakan hari ini.

Menurutnya, tiada pusat pemindahan dibuka kerana semua penduduk terjejas memilih untuk tinggal di kediaman masing-masing.

Sementara itu, seorang penduduk terjejas, Sabariah Abdul Aziz, 64, berkata kejadian berlaku ketika dia sekeluarga sedang menikmati minum petang di luar rumah.

“Apabila melihat atap zink diterbangkan dan hujan turun dengan lebat serta angin kuat seperti puting beliung, kami sekeluarga lari ke dalam rumah,” katanya, menambah sebatang pokok menghempap bahagian dapur rumahnya dalam kejadian yang berlaku sekitar 10 minit itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.