`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, November 18, 2020

CEO Proton Dari China Oleh Mohamad Ali

 Artikel berikut diterima daripada sdr Mohamad Ali (terima kasih).  


CEO Proton dari China


Mula-mula Salesman Melayu Proton agak negatif dan tak suka perubahan yang dilakukan oleh CEO Proton dari negara China, Dr. Li Chunrong. 

Salesman komplen sebab Dr. Li tekankan macam2 dan nak mengubah budaya dan kualiti kerja 'ala' Melayu Proton selama ini. Org Melayu kurang suka pada perubahan walaupun ia sangat perlu kerana Proton sentiasa rugi bertahun2 lamanya sejak pasaran sudah terbuka. Tiada lagi perlindungan. 

Berbilion-bilion Kerajaan bagi untuk bailout Proton. 
Berbilion duit rakyat hangus setiap kali bailout sebab Proton tetap RUGI. 

Hari ini aku tengok, Proton masih menggunakan Salesman Melayu walaupun Geely yang pegang saham majoriti. 

Walaupun CEO orang Cina pekat dari China. Bezanya, kali ni Salesman Melayu sudah tidak merungut lagi dan senyum lebar sebab kereta Proton sudah laku keras. 

Nak order Proton X50 sampai 6 bulan kena tunggu baru dapat.  

Banyak lah Salesman dapat komisen jualan. 
Siap puji melambung Cina pekat dari negara komunis China tu. 

Proton sudah berubah. Kereta ada class dan berkualiti. 

Design cantik dan yang paling dahsyat, harga memang berbaloi. 

Menggelabah Honda, Toyota dan Nissan. 

Baru tahu betapa pentingnya letakkan orang yang bijak, disiplin dan berintegriti tak kira dari bangsa dan negara mana. 

Raikan MERITOKRASI dan berani berubah dan bersaing.


My comments :

Sekali lagi terima kasih sdr Mohamad Ali. 

Maka terbukti lah kata-kata hikmah Dr Mahathir  (antara banyak kata-kata hikmahnya) ia itu bahawasanya orang Melayu tak tahu berniaga. 

Bukan saya cakap tau. Jangan marah saya. Dr Mahathir yang pernah ulang banyak kali bahawa orang Melayu tak tahu niaga.

Habis bila sudah faham orang Melayu tak tahu niaga, pasal apa pula Dr Mahathir membazir berbilion Ringgit duit rakyat untuk membuat kilang kereta? Dan seperti mana disebut oleh Dr Mahathir, akhir sekali Proton terbukti tak tahu niaga.

Dan sekarang sesudah diambil alih orang China dari tanah besar China, maka Proton pun hidup balik. Tetapi sebenarnya bukan Proton yang hidup pun. Hanya Geely dari China mempunyai 'manufacturing base' atau 'pangkalan manufacturing' di rantau Asia Tenggara. Kereta itu adalah kereta Geely - tukar nama saja - letak logo Proton. 

Saya telah tidak setuju dengan Proton sejak tahun 1982 bila saya dengar idea Proton keluar daripada kepala otak Dr Mahathir. Masa itu saya seorang pelajar berusia 22 tahun di universiti di Amerika Syarikat. Masa itu tidak ada Internet atau emel. Jadi saya telah membuat sedikit research berkenaan industri kereta dunia dan menulis sepucuk surat kepada Dr Mahathir dan memberi pendapat saya kenapa Proton tidak boleh berjaya dalam pasaran kereta negara kita. 

Jauh sebelum itu sejak saya dibangku sekolah lagi saya pernah baca buku berkenaan syarikat kereta terbesar seperti General Motors di Detroit.   

Buku yang ditulis oleh John de Lorean "On A Clear Day You Can See General Motors" menceritakan masalah General Motors (pada masa itu) yang telah menjadi syarikat gergasi yang terlalu besar tetapi masih mempunyai pengurusan yang memikir seperti 'syarikat kecil". 

John De Lorean juga menjadi famous kerana dia kemudiannya telah menubuhkan syarikat keretanya sendiri DMC atau DeLorean Motor Company yang telah keluarkan kereta famous DeLorean yang  menjadi 'hero' dalam filem  "Back To The Future".


Marty McFly, kereta DeLorean dan 'Doc Brown'
dalam filem Back to the Future. 

Bila saya melawat Universal Studios di Los Angeles pada tahun 90an saya sempat melihat kereta DeLorean itu tersadai di belakang studio.  

Saya juga membaca sejarah Ford Motor Company dan biography pengasasnya Henry Ford dan juga sebuah lagi buku yang ditulis oleh Lee Iacocca, seorang CEO famous syarikat Ford yang telah dipecat oleh Ford. Iacocca kemudian jadi CEO Chrysler (yang hampir bankrap pada masa itu) dan berjaya turnaround syarikat Chrysler. Sewaktu di universiti saya pernah menulis 'research paper' berkenaan Lee Iacocca dan 'turnaround management' yang dibuat olehnya di Chrysler.

Apa yang saya faham ialah industri kereta ini memerlukan terlalu banyak industri sokongan atau support industries termasuk sokongan engineering talent. Keduanya tidak ada di Malaysia - mungkin sehingga ke hari ini. 

Henry Ford contohnya jadi famous di Detroit pada awal abad ke 20 kerana memperkenalkan sistem moving assembly line atau sistem conveyor yang bergerak. Maksudnya pekerja berdiri di satu tempat sahaja. Conveyor belt pula yang bergerak dan membawa badan kereta  kepada work station tempat pekerja itu menunggu.  Ini mempercepatkan proses pasang siap kereta dan Henry Ford dapat mengeluarkan satu biji kereta jenis Ford Model T bagi setiap TIGA MINIT.




Tetapi Henry Ford pula mendapat ilham untuk menggunakan sistem moving assembly line daripada industri proses daging lembu di Chicago. Chicago menjadi pusat proses daging lembu yang terbesar di Amerika sejak sekian lama. Di kilang proses daging lembu, pekerja berdiri di satu tempat. Lembu yang disembelih pula digantung dari conveyor belt di atas dan bergerak di depan pekerja itu. Maka setiap pekerja melakukan tugas yang tertentu sahaja - seperti mengeluarkan perut lembu, membuang kulit, memotong kaki, membelah lembu dsbnya yang menjadi cepat dan efisien. 




Bukan saja Henry Ford mengambil idea 'conveyor belt' daripada kilang proses daging lembu tetapi beliau juga membeli komponen dan perlengkapan conveyor belt daripada syarikat supply chain yang sama.

Maka industri sokongan adalah sangat penting bagi menjayakan perindustrian yang besar seperti kereta, kapalterbang, komputer dsbnya.

Malangnya di Malaysia bukan saja Dr Mahathir kata 'Melayu tak tahu niaga' tetapi kita tidak menggalakkan perkembangan industri sokongan pembuatan komponen enjin kereta (seperti piston, crankcase, crankshaft dsbnya) yang cukup yang boleh hidup dan bersaing tanpa 'membakar dan menghanguskan' duit rakyat.

Maka Proton pun gagal.  Akhir sekali terpaksa diambil alih oleh Geely dari China yang sekarang boleh menjadi sukses. 

The views expressed are those of the author and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.