`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, November 28, 2020

JAWI benar majlis akad nikah di semua masjid luar kawasan zon merah

 

Sebelum ini majlis akad nikah hanya dibenarkan di pejabat JAWI Kuala Lumpur, JAWI cawangan Putrajaya dan premis tertentu yang ditetapkan termasuk beberapa masjid tertentu sahaja.

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa 1 Disember ini, majlis akad nikah boleh dilangsungkan di masjid-masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang tidak berada di kawasan zon merah.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat mengikut data dikeluarkan pihak kerajaan dari semasa ke semasa.

“Jabatan ini membuat ketetapan perluasan kebenaran berkahwin bertujuan untuk memberi lebih banyak pilihan tempat akad nikah kepada pasangan yang ingin melaksanakan majlis akad nikah sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

“Langkah ini juga bagi mengelak berlakunya perkumpulan atau kehadiran ramai orang di sesebuah masjid pada satu-satu masa,” menurut kenyataan itu.

JAWI memaklumkan penolong pendaftar perkahwinan, perceraian dan ruju’ (PPNCR) bertanggungjawab memastikan semua pihak yang terlibat dalam majlis akad nikah itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pengurusan tertinggi JAWI dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, JAWI hanya membenarkan majlis akad nikah diadakan di pejabat JAWI Kuala Lumpur, JAWI cawangan Putrajaya dan premis tertentu yang ditetapkan termasuk beberapa masjid tertentu sahaja. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.