`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, November 15, 2020

Nelayan diacu pistol, dirompak di perairan Kunak

 

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah Ahmad Fuad Othman mengesahkan menerima laporan kejadian dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan. (Gambar Bernama)

KUNAK: Empat nelayan menempuh detik cemas apabila dirompak sekumpulan lelaki dengan seorang daripadanya mengacukan pistol dalam kejadian di perairan berhampiran Pulau Burung di sini, awal pagi tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi ketika 4 nelayan terbabit menangkap ikan sebelum didatangi sebuah bot laju yang dinaiki 3 lelaki.

Seorang daripada suspek kemudian mengacukan pistol ke arah mereka dan mengugut untuk merampas enjin bot yang berada dalam bot mangsa.

Bimbang perkara buruk berlaku ke atas mereka, mangsa kemudian menuruti permintaan kumpulan terbabit.

Dipercayai, selain enjin bot, antara barangan yang dirompak, termasuklah hasil tangkapan ikan, tong minyak dan beberapa telefon bimbit milik mangsa.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Ahmad Fuad Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.