`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 5, 2021

Existential Threat Bagi UMNO Yang Sudah Pecah, DAP jadi Kingmaker

  1.  Zahid Hamidid Tersilap Strategi 



Ahmad Zahid berkata demikian dalam perjumpaan Ketua Bahagian 

Zahid minta semua Menteri, pengerusi GLC UMNO lepas jawatan sebelum 1 Feb 2021

Ahli Parlimen UMNO diminta tinggalkan PN sebelum Feb bagi mengadakan PRU 

Zahid tiada pilihan kerana rakyat mahukan pembaharuan dan reformasi 

gagal ambil tindakan atas menteri seks luar tabii punca UMNO tarik sokongan 

Zahid meminta Menteri, pengerusi GLC UMNO lepas jawatan sebelum 1 Feb 2021

OSTB :  He he he. Sekarang kita beli popcorn family size dan lihatlah excitement yang menjelang tiba.

Tak sampai empat bulan sudah Zahid sebut yang lain pula. Zahid suruh semua menteri UMNO kekal dalam Kabinet PN. Ingat lagi tak berita berikut :


So why has Zahid suddenly changed his mind? Apa beza antara situasi empat bulan yang sudah dan situasi sekarang ? 

Bagi saya masalahnya simple sahaja. 

  • Kes-kes rasuah dan money laundering di mahkamah sudah sambung balik. 
  • Hari ini kes si Bugis sambung balik. 
  • Bulan depan (Februrai) rayuan atau appeal si Bugis atas hukum penjara 12 tahun akan di dengar tetapi si Bugis minta mahkamah tangguh tarikh bicara pula. 

Zahid bagi deadline 1hb Februari 2021 bagi semua Menteri dan pengerusi GLC UMNO letak jawatan dan keluar daripada PN.

Dua kesilapan besar Zahid ialah :

1. Dia sendiri tidak sebut secara terbuka bahawa dia tidak sokong PM Muhyiddin Yassin lagi. Sebab itu dia beli sedikit masa - sehingga 1hb Februari 2021. 

2. Apa pula akan berlaku kepada Zahid dan UMNO jika Menteri dan pengerusi GLC dari UMNO tidak letak jawatan atau tidak tarik diri sebelum atau selepas 1hb Februari 2021? Zahid tidak sebut sebarang tindakan disiplin yang akan dikenakan atas Menteri dan pengerusi GLC dari UMNO jika mereka TIDAK keluar dari PN.

Pemimpin UMNO yang tidak sokong PN hampir kesemuanya adalah mereka yang kalah PRU14.  Mereka gagal jadi Ahli Parlimen atau menjadi pengerusi GLC.

Ku Nan telah sebut dia sanggup untuk UMNO bergabung dengan Bersatu. 

Apakah Zahid pasti kesemua Menteri UMNO dalam Kabinet sekarang akan letak jawatan mengikut "perintah"nya? I dont think so.

So UMNO akan berpecah. UMNO sekarang menghadapi existential krisis. 

Menteri dan pengerusi GLC UMNO yang tidak peduli warning Zahid juga mempunyai penyokong mereka yang ramai dalam parti. 

So lets see what happens.

Jika Zahid dan kekawannya tarik diri daripada PN, samada negara kita akan melalui PRU sekali lagi atau gabungan parti baru (dengan sokongan lebih 112 Ahli Parlimen) akan diperlukan untuk membentuk kerajaan baru. In such event there will be no need for a General Election.

Brader Anwar sedia kerjasama dengan Zahid dan geng UMNO yang hampa, hampas dan hempas. 

Tetapi DAP sudah sebut mereka tidak rela kerjasama dengan geng rasuah dalam UMNO. So maksudnya DAP (sepatutnya) tidak akan mengikuti brader Anwar bekerjasama dengan UMNO.  Ini bermaksud Pakatan Harapan pun akan berpecah.

Apakah DAP boleh bekerjasama dengan PN pula?  Jika DAP boleh bekerjasama dengan PN maka kemungkinan kerajaan baru akan terbentuk daripada gabungan PN, DAP dan UMNO "pro PN". This is a possibility.

There is also a Mystery Guest. Mystery Guest adalah Shafie Apdal dan parti Warisan. Shafie dan Warisan adalah friendly parti terhadap PN dan PM Muhyiddin.

Jika Shafie dan Warisan (dengan 8 Ahli Parlimen mereka) sokong PN dan PM Muhyiddin serta gabungan baru yang boleh bentuk kerajaan, kemungkinannya Shafie akan kembali jadi Ketua Menteri Sabah sekali.

But we cannot say for sure.

Pendek kata dua tiga ekor beruk dalam Umno yang banyak duit sedang panic perbicaraan mahkamah sudah bersambung balik.  Kita masih mengalami wabak Corona Virus. Negara kita tidak sepatutnya mengadakan Pilihanraya Umum dalam keadaan wabak masih merebak. 

Masalahnya sejak bila ahli politik ini peduli pasal negara dan rakyat marhaen? Mereka hanya pedulikan kocek dan tengkok mereka sendiri. 

Mr Lim Kit Siang, you have to weigh things very carefully.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.