Tak semestinya kena bagi geran, atau bagi duit pada diorg. Janji jgn dihalang. Jgn didengki. Jgn disabotaj. Jgn disusahkan. Jgn ditekan. Atau jangan kacau la. Bagi chance diorg buat dulu. Pandai lah diorg cari jalan nak bagi jadi. Nanti diorg dah berjaya, takde masalah utk kerajaan kutip cukai. Ini biasa dalam bisnes. Dapat jugak diorg menyumbang pada negara melalui pembayaran cukai kpd negara. Janji raikan mereka. Bukannya benda baik disusahkan, benda buruk (baca: rasuah) dimudahkan. Jahanam negara dan rakyat.
Senang je nak tengok tahap ekonomi, kreativiti dan inovasi sesebuah negara itu.
Tak perlu kajian akademik pun.
1. Cuba pergi MR DIY, DAISO atau ECOshop
2. Cuba tgk barang2 Shopee dan Lazada
3. Cuba tgk barang2 dalam rumah sendiri
Pendekata 1001 barang ada, berbagai rupa, murah dan sangat membantu ramai pengguna. Cuba tgk barang2 tu buatan mana...atau design oleh negara mana...dahsyat!
China berjaya memberi ruang kpd rakyatnya untuk KREATIF, INOVATIF dan PRODUKTIF.
Kita? Baru je anak muda nak kreatif/ inovatif/ produktif, mula dah datang jerung2 politik, juak2 kerajaan, lebai2 pintu syurga neraka dan kroni nak halang, regulate, cukai dan kalau nampak 'masyuk' akan disailang. Mula lah nak monopoli. Nak di AP kan supaya ada kroni yg boleh buat duit besar. Jadi instant Milionaire.
Mana kita tak ketinggalan. Mana anak muda tak fed up dan last2 baik makan rasuah atau jadi scammer. Atau join politik AMPU politikus tua.
Sebab nak cari jalan nak kaya cepat. Baru je nak bawak benda baru, dah nak 'PAU'. Dan nak kacau. Baru je nak bawak teknologi luar macam basikal elektrik utk niaga di sini, laju je gomen nak menyusah-nyusahkan. Itu contoh je. Banyak lagi contoh lain kan.
Bukan kita maksudkan pakat boleh semua tapi at least raikan lah usaha2 kreatif. Berjaya atau tidak itu cerita lain. Tak semestinya kena bagi geran, bagi duit pada diorg. Janji jgn dihalang. Jgn didengki. Jgn disabotaj. Jgn disusahkan. Jgn ditekan. Atau jangan kacau la. Bagi chance diorg buat dulu. Pandai lah diorg cari jalan nak bagi jadi. Nanti diorg dah berjaya, takde masalah utk kerajaan kutip cukai. Ini biasa dalam bisnes. Dapat jugak diorg menyumbang pada negara melalui pembayaran cukai kpd negara. Janji raikan mereka. Bukannya benda baik disusahkan, benda buruk (baca: rasuah) dimudahkan. Jahanam negara dan rakyat.
China tu negara komunis. Yg kita ditanam, komunis ni jumud la, komunis ni jahat la, komunis ni memiliknegara kan la. TAPI kalau China sebegitu celaka, buat apa rakyat China (termasuk Vietnam) bersusah payah nak kreatif, inovatif buat macam2 benda, bukak kilang macam2, kecik besar, siap buat belakang rumah pun ada. Kilang barang tiruan ada. Kilang barang gred tinggi ada. Buat barang2 atau mesin cap ayam ada. Cap kayangan ada. Macam2.
Tak kisahlah apa org nak kata. Yg pasti hasil usaha mereka, China dapat menjadi kuasa besar ekonomi dunia. China dapat aliran tunai masuk duit luar ke dalam China bernilai Trilion Dollar. China dapat bagi pekerjaan kpd berjuta2 rakyatnya. China dapat belajar cara nak guna atau bina teknologi terkini.
Dulu kita gelak la barangan China. Harini China ada kereta GEELY. Baca sendiri la GEELY tapau syarikat kereta besar mana. China ada Huawei, Oppo, Vivo dll la. Yg takde brand pun melambak. China dah naik ke bulan. China buat vaksin. Dengan serba lemah bahasa Inggeris, si China ni boleh jugak cari jalan buat aplikasI WE CHAT, Mi CHAT, tik tok. Dengan segala kutukan dan persepsi dunia China sbg Cap Ayam, kuat Scam, kaki FAKE...China berjaya wujudkan ALIBABA, berjaya beli LAZADA, Shopee, dll...harini kuasa besar AMERIKA pun goyang dengan CHINA.
Kita? Nak meniru pun tak reti. Terpaksa pergi Padang Besar beli jersi ManU tiruan. Nak beli ori mahal sgt. Yg kelakarnya, dulu si Thailand pun pandai buat jersi tiruan, diorg pun kalah dgn China. Padang Besar pun skg amik dari China jersi tiruan jadi reseller je. Markup harga sudah.
- Kita banyak sangat NO dari YES.
- Banyak sangat HARAM dari HALAL.
- Banyak sangat DOSA dari PAHALA.
- Akhirnya, org kita merempat menadah tangan mintak bantuan itu bantuan ini.
- BR1M sana BR1M sini.
- BPN sana BPN sini.
- B40 sana B40 sini.
- Takde kerja. Menganggur.
- Ragut sana, ragut sini.
- Pelacur sana pelacur sini.
- Telan rasuah sana rasuah sini.
- Songlap sana songlap sini.
- Scam sana, scam sini.
- Tunggang agama sana, tunggang agama sini.
BMF lah sangaaat...spender sendiri pun kita tak buat sendiri lagi. Try la boikot barang2 China. Silap2 tinggal kicap je dalam rumah kita yg buatan Melayu. Itu pun botol kicap mungkin dari China. Stiker kicap pun kertas dari China. Mungkinla.
Sampai bila kita nak menipu diri sendiri.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.