`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, March 30, 2021

Mayat berbungkus kain putih, kanvas ditemui di tepi jalan

 

Tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa, namun polis percaya mangsa adalah warga tempatan berdasarkan parut suntikan pada bahu sebelah kiri.

PETALING JAYA: Mayat berbalut kain putih dan dilapisi kain kanvas ditemui di tepi jalan dekat sebuah restoran di laluan utama antara Kuala Kangsar dan Gerik, berhampiran Kampung Lubok Merbau di Perak, pagi semalam.

Polis menerima maklumat berkenaan penemuan mayat itu kira-kira 10.15 pagi, menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Anuar Othman.

“Mangsa dipercayai warga tempatan berusia lingkungan 40-an berdasarkan parut suntikan pada bahu sebelah kiri dan disyaki telah meninggal dunia dalam tempoh kurang daripada 36 jam,” kata beliau kepada Bernama.

Selain itu, bangkai seekor ayam juga turut ditemui berhampiran mayat tersebut, tambah beliau.

Beliau turut berkata, mangsa yang mempunyai kesan luka pada bahagian kanan kepalanya itu dipercayai mati di tempat lain namun ditinggalkan di lokasi tersebut yang terletak jauh daripada kawasan kejiranan di Jalan Gerik-Kuala Kangsar, lapor Harian Metro.

Tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa yang berkemeja dan berseluar pendek itu.

“Semakan terhadap laporan orang hilang akan dilakukan dengan segera bagi mengenal pasti identiti mangsa,” kata Anuar.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut setakat ini, kata Anuar, dan mayat telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Siasatan lanjut sedang diteruskan berdasarkan bukti diperolehi di tempat kejadian,” tambah beliau. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.